CHAPTER 6

141 15 0
                                    

"Mina, kau tengok apa tu?" Dahyun merampas kertas yang dipegang oleh Mina.

"Ini bukan senarai pelajar top 5 ujian bulan lepas ke?" Tanya Dahyun.

"Ya, aku dapat ni dari Kai. Dia kata Mirae yang ronyokkan." Mina menjelaskan.

"Dari siapa?"

"Tak pentingla tapi aku pelik kenapa Mirae nak ronyokkan kertas ni." Ujar Mina.

"Aku rasa aku tahu sebab dia." Sampuk Yoonjo.

"Sebab apa?" Mina ingin mengetahuinya.

"Ni diari Mirae. Aku jumpa bawah meja dia. Kau baca ni." Yoonjo menyerahkan diari itu.

11/4/20xx

Aku sedih hari ni bukan sebab apa tapi sejak akhir ni result exam aku teruk. Aku rasa aku dah tidak sepandai dulu. Aku rasa tu bukan sebab result aku teruk tapi perempuan tu yang rampas segala-galanya dari aku. Dia rampas kedudukan aku dalam kelas, perhatian cikgu, kwn2. Semua salah dia. Aku akan balas apa yang dia buat kat aku. Kau tunggu Mina. Aku akan rampas balik hak aku yang kau rampas!

Tersentak Mina membaca apa yang ditulis oleh Mirae. Betulka dia perampas? Dia tak buat sebegitu pada sesiapa.

"Mina, kau okey tak?" Panggil Dahyun.

"Dahyun, betulka aku ni perampas?" Tanya Mina matanya sudah merah.

"Apa yang kau cakap ni. Aku tak faham." Dahyun hairan.

Mina menyerah buku diari itu pada Dahyun. Terbutang biji mata Dahyun membacanya.

"Kau nak buat apa sekarang?" Tanya Dahyun melihat ke arah Mina.

"Aku nak jumpa dia dan aku nak cakap dengan dia." Balas Mina.

"Okey, balik nanti kita pergi rumah dia." Beritahu Yoonjo.

Mina mengangguk.

🏠🏠🏠

"Makcik, Mirae ada?" Tanya Mina sebaik sahaja ibu Mirae muncul di hadapan mereka

"Mirae, tak ada. Dia baru sahaja keluar. Katanya ada hal yang dia nak buat. Kamu semua kawan kelas Mirae ke?" Kata ibu Mirae.

"Ya, mak cik tahu dia pergi mana?" Mina mengangguk.

"Dia tak beritahu pulak." Balas ibu Mirae.

"Hmmm, tak apalah, makcik. Kami balik dulu." Pamit Mina melangkah meninggalkan perkarangan rumah Mirae.

"Mina, macam mana ni? Aku risau la. Rasa tak sedap hati." Ujar Yoonjo risau bukan dia tak kenal Mirae tu. Kalau nakkan seseuatu dia akan buat sampai dapat.

"Kita cari dia." Cadang Mina.

😞😞😞

"Korang, lepak mana lepas ni?" Tanya Hak Yeon.

"Tak tahu lagila. Aku nak minta tolong korang boleh?" Kai bersuara.

"Tolong apa?" Balas Yoseob.

"Korang kenal tak perempuan dalam gambar ni?" Kai menunjukkan gambar dalam telefonnya.

COFFEEWhere stories live. Discover now