CHAPTER 22

101 8 2
                                    

Kai memasuki bilik mendiang abangnya. Memasuki biliknya bukan sukar sebab biliknya dengan abangnya terletak bersebelahan. Dia memerhati segenap bilik itu. Masih tiada perubahan. Setiap susunan masih sama seperti semasa abangnya masih hidup. Abangnya itu seorang yang teliti dan mementingkan kesempurnaan. Dia jarang memberikan keizinan untuk orang lain memasuki biliknya kecuali maid itu yang dia lantik khas. Kai membuka setiap laci di meja kerja abangnya. Dokumen2 syarikat semuanya masih tidak disentuh. Abangnya pewaris sebenar kumpulan Haejin. Dia memeriksa setiap dokumen itu. Hairan dibuatnya. Semakin tambah tahun semakin kurang keuntungan syarikat. Ke mana pergi keuntungan itu. Sebab appanya pernah memberitahunya yang keuntungan syarikat masih seperti dulu. Memang ada yang tidak kena. Segera dia keluar menuju ke arah keretanya.

🍵🍵🍵

"Mina ada?" Tanya Seokmin setelah dia berdiri di kaunter cafe tempat Mina bekerja .

"Dia dah berhenti." Jawab pekerja di kaunter.

"Kenapa dia berhenti?" Tanya Seokmin pelik. Tiba2 sahaja Mina berhenti.

"Dia kan nak pindah ke Jepun!" Balas pekerja itu lagi. Terbutang biji matanya.

"Bila dia pergi Jepun?"

"Saya pun kurang pasti sebab saya baru lagi di sini." Ujar pekerja itu. Dia pengganti Mina. Dia dapat tahu pasal Mina pun disebabkan rakan sekerja yang lain bercerita. Dia sendiri pun tak tahu rupa paras Mina.

"Okey, thanks!" Seokmin segera mengatur langkah pergi.

🍵🍵🍵

Mina melangkah keluar meninggalkan kelasnya setelah dia mengemas barangnya. Dengan keluhan besar dia meninggalkan kelas itu. Sambil dia berjalan dia merenung sekitar sekolah itu. Dia pasti akan bakal merinduinya. Sebelum dia pulang tadi dia ke bilik guru untuk memohon maaf dari mereka. Gurunya banyak memberikan semangat kepadanya terutama Cikgu Lee.

"Kamu di sana jangan duk cari kerja sambilan lagi. Belajar rajin2. Fokus pada pelajaran kamu. Cikgu nak tengok kamu berjaya." Nasihat Cikgu Lee.

Nasihat itu akan dia ingat sampai bila2.

"Mina!" Panggil Seokmin. Langkah Mina terhenti. Hairan dibuatnya melihat lelaki itu dihadapannya.

"Kenapa?" Tanya Mina mendekati Seokmin.

"Kenapa awak tak beritahu saya kata awak nak pindah?" Terus sahaja Seokmin bertanya tanpa berlapik-lapik.

"Macam mana awak tahu?" Mina hairan. Setahunya dia sudah memberitahu rakan2nya agar merahsiakannya.

"Itu tak penting! Jawab kenapa awak tak beritahu saya pasal awak nak pindah?" Seokmin mula serius tiada lagi reaksi dia hendak senyum atau ketawa.

Mina hanya diam. Dia pun buntu hendak beritahu apa alasannya untuk tidak beritahu hal kepada Seokmin..

"Saya bukan tidak mahu beritahu tapi saya tak sempat nak beritahu awak tentang hal ini. Saya pindah pun sebab kerja appa saya. Dia kena laporkan diri secepat mungkin sebab itu kami mahu berpindah dengan cepat." Ujar Mina.

"Kai tahu?" Tanya Seokmin.

"Tak, hanya kawan2 saya yang tahu." Balas Mina.

"Kenapa? Apakah kalau dia tahu dan menghentikan awak, awak tidak akan pergi?" Ujar Seokmin. Mula timbul rasa cemburu pada Kai.

"Itu yang sebagusnya. Saya tak mahu tengok dia masih menaruh harapan. Saya nak pergi ke sana dengan tenang. Awak jangan beritahu dia. Saya merayu pada awak." Balas Mina walaupun dia tahu hatinya tak akan tenang sebab dia sudah tinggal hatinya di sini.

"Saya bukanlah apa. Tapi sebagai sahabat, saya tak mahu tengok sahabat saya merana. Cukuplah dia merana selepas kematian abangnya. Awak jangan tambah lagi. Saya tengok dia gembira pun saya dah bersyukur. So saya harap awak akan tambah kegembiraan dia. Walaupun saya tahu saya berat. Awak fikirlah ya?" Ujar Seokmin meninggalkan Mina.

🍵🍵🍵

"Termenung saja anak appa ni. Tak suka ka nak pindah? Atau tak sanggup nak lepaskan buah hati?" Appanya sudah berada di sebelahnya.

"Buah hatilah tu appa. Sapa nama dia ya? Kim.... Kim Jong In. Betul tak?" Woohyun pun sudah berada di ruang tamu itu menonton televisyen.

"Merepek!" Mina membaling bantal ke arah adiknya itu.

"Betullah.... Kalau tak kenapa kakak termenung macam orang hilang buah hati?" Sengaja dia menyakat kakaknya.

"What ever!" satu jelingan dihadiahkan kepada adiknya itu.

"Sudahlah tu! Appa nak keluar sekejap. Kamu berdua jaga rumah, ya!" Ujar appa Mina melangkah keluar dari apartment milik keluarganya.

"Baiklah!" Ujar Woohyun.

"Woohyun!" Panggil Mina merenung ke arah adiknya yang masih leka memandang ke arah kaca televisyen.

"Ada apa?" Woohyun masih tidak mengalih pandangannya dari arah itu.

"Aku nak tanya pendapat kau sebagai seorang boleh tak?" Pinta Mina.

"Pendapat apa?" Woohyun mengalih pandangannya ke arah kakaknya.

"Katalah kau ada girlfriend. Satu hari girlfriend kau nak pindah tapi dia tak beri tahu kau. Apa yang kau rasa?" Soal Mina.

"Aku tak rasa apa2 sebab aku tak pernah bercinta!" Balas Woohyun merenung kembali ke arah kaca televisyen.  Satu bantal singgah pada badan Woohyun tanda protes dari Mina.

"Orang tanya baik2. Dia boleh main2 pula." Mina mula geram dengan adiknya itu.

"Betullah apa aku jawab. Aku tak rasa apa2 sebab aku tak bercinta. Apsal kau tanya?  Macam pelik ja!" Woohyun mula hairan dengan kakaknya itu.

"Malas aku layan. Aku nak keluar jap!  Ambil angin!" Mina melangkah ke pintu utama rumah itu. Makin lama dalam rumah itu makin geram dengan adiknya.

COFFEEWhere stories live. Discover now