"Berhenti kereta or saya lompat?" Ugut Mina. Segera Kai memberhentikan kereta di bahu jalan. Mina keluar dari kereta.
"Mina, stop! Kenapa dengan awak ni?" Tanya Kai hairan tiba2 sahaja disuruh berhenti kereta.
"Baru sekarang awak nak fikir masa depan kita selama ini awak tak fikir. Oh lupa, awak tak fikir sebab awak fikir mcm mana nak terus sakitkan hati saya kan? Now awak sudah bertunang dan awak tunang orang. Saya tak nak jadi perampas. Sudahlah, malas saya nak fikir." Mina terus berjalan. kai merangkul pergelangan tangan Mina.
"Dengar dulu penjelasan saya!" Beritahu Kai.
"Penjelasan apa lagi? Sudahlah! Awak kena sedar yang awak sudah ada Hyeri dan saya sudah ada Seokmin dalam hidup saya. Anggap sahaja kita cuma kawan dan tak lebih daripada itu." Tanya Mina. Sudah bosan dia dengar pembohongan daripada Kai. Semuanya dusta.
"Seokmin? Awak cinta dia?" Kata Kai tersenum sinis.
Mina terdiam. Dia sudah membuka hatinya untuk menerima Seokmin dalam hidupnya tapi dapatkan dia mencintai Seokmin sedangkan hatinya pada orang lain.
"Kenapa diam?"
"Itu awak tak perlu tahu. Lebih baik saya cari lelaki yang mencintai saya dan tahu hargai saya." Balas dia
"Mina!" Panggil Seokmin dari arah belakang.
"Seokmin! Awak sudah sampai!" Mina memandang ke arah Seokmin yang menuju ke arahnya. Tadi masa di station bus dia telah menelefon seokmin suruh menjemputnya di situ.
"Mina, sekarang masa awak pilih dia atau saya?" Arah Kai. Mina yang berada ditengah antara keduanya itu memandang mereka silih berganti.
"Kalau awak pilih dia saya jamin saya tak akan ganggu awak selamanya dan kalau awak pilih saya janji awak akan bahagia!" Ujar Kai. Kalau Mina memilih Seokmin dia akan berundur dan pergi jauh dari Mina.
Mina memandang keduanya silih berganti. Kai or Seokmin? Kenapa dia harus menjawab soalan itu. Ah, soalan ini lebih susah daripada soalan peperiksaan.
Kai seorang yang mempunyai hatinya tapi selalu sakiti hatinya. Dia sudah bertunang. Haruskah aku memilihnya?
Seokmin seorang yang mencintai dirinya dan sentiasa bersama dengannya. Selalu mendengar segala masalahnya?
"Mina!" Kini Minhyuk juga berada di hadapannya.
Mina merapati Minhyuk.
"Please, tolong aku." Pinta Mina.
"Tolong?!" Tanya Minhyuk. Keliru. Dia datang situ pun sebab nampak mereka bertiga berdiri di bahu jalan tersebut.
"Please!" Mina membuat muka kesian.
"Oh, Mina. Semalam kamu kata mahu temankan saya ke set. Jomlah! Dah lewat ni. Lagipun shooting sudah mahu mula dah!" Minhyuk menarik tangan Mina. Mina hanya mengikuti langkahnya.
"Mina!" Serentak Kai dan Seokmin memanggil.
"Cepat!" Dia mempercepatkan langkah ke kereta Minhyuk.
🍵🍵🍵
"Awak okey?" Tanya Minhyuk memberhentikan keretanya di sebuah tasik.
"Hmm, terima kasih!" Ucap Mina. Kalau tak ada Minhyuk pasti dia akan pengsan di situ juga daripada dia membuat pilihan.
"Saya takkan tanya pasal tadi. So awak tenangkan lah diri!" Beritahu Minhyuk. Jika ditanya pun pasti Mina tidak akan memberitahunya. Kisah hidup gadis di sebelahnya itu memang rumit. Jika dia jadi gadis tersebut pasti tidak kuat dia menanggung penderitaan. Cukuplah dia jadi pemerhati dan tolong apa yang perlu.
Seokmin pula baginya dia mencintai gadis itu sejak dari mereka sekolah malah dia tahu Seokmin selalu mengunjungi cafe tempat Mina berkerja semata-mata untuk melihat Mina. Dia selalu menjaga gadis tersebut dengan sepenuh hatinya walaupun dia tahu gadis itu tidak mencintai dirinya. Malah selepas Mina berpindah pun. Dirinya juga sanggup berpindah ke Jepun juga untuk bersama dengan Mina tapi Mina tidak tahu akan hal itu.
Kai pula dengan egonya. Betapa besar ego lelaki itu dia sendiri tidak faham. Walaupun Kai sentiasa menyakiti hati gadis di sebelahnya tapi hati gadis tersebut tetap kukuh kepada lelaki itu tapi jika Kai berterus terang sejak dahulu pasti mereka sudah menjadi pasangan yang bahagia. Cuma satu salah faham dia terus berfikir mahu menyakiti gadis tersebut. Bila difikirkan Kai seorang yang kuat cemburunya cuma egonya menguasai dirinya sebab itu tidak mahu mengaku.
Mina pula seorang yang kuat dan tabah. Jika tidak pasti dia akan berputus asa dengan Kai. Walaupun hati Mina sakit dia menunjukkan kesakitan tersebut. Cuma pasti kini dia tengah keliru memilih sama akan org yang dicintai atau org yang mencintai.
"Boleh awak hantar saya balik?" Pinta Mina. Dia mahu balik dan berehat. Tenangkan fikirannya serabut. Dia membuka telefonnya terdapat 10 panggilan daripada Seokmin dan tiada satu pun daripada Kai. Mungkin Kai sudah bersama tunangnya.
"Okey! Awak balik berehat dan tenangkan fikiran awak. Jangan fikirkan masalah apapun! Faham?" Balas Minhyuk.
Mina mengangguk kepalanya.
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...