CHAPTER 18

97 8 0
                                    

"Mina!!" Panggil Dahyun melihat sahabatnya melangkah masuk ke dalam kelas.

"Kau dah betul2 sihat ka? Bukan kau baru keluar hospital kemarin ka?" Tanya Eunji bertalu-talu

"Aku dah sihat sebab tu la aku datang sekolah. Lagipun aku rindu korang la." Mina melabuhkan punggung di tempat duduknya.

"Betulka kau rindu kitaorang? Macam bukan jer." Momo sengaja berkata begitu.

"Betullah. Tapi apsal hari ni aku rasa kelas ni mcm lain ja?" Mina terasa kelas tersebut seakan kosong.

"Kelas kita dah kembali seperti dulu. Budak sekolah Bangtans dah balik sekolah mereka." Balas Eunji. Mina seakan berasa sesuatu mendengar apa yang dikatakan oleh Eunji.

"Apsal mereka tiba2 balik ke sekolah mereka?" Tanya Mina.

"Mina, takkan kau dah lupa mereka duduk sekolah kita 3 bulan ja. Sekrang dah cukup 3 bulan. Kau rindu dia kan sebab tu kau tak sabar nak datang sekolah kan?" Balas Jihyo tersenyum. Riak muka terus berubah.

"Sapa dia tu?" Tanya Momo yang tidak mengetahui apa2.

"Haah, sapa dia tu? Seokmin ka?" Eunji juga ingin mengetahuinya.

"Bukan Seokmin tapi kawan baik Seokmin." Jawab Jihyo.

"Kai!!!" Eunji dan Momo membalas jawapan itu serentak.

"Pandai korang!" Ujar Jihyo.

"Dahla, aku nak keluar kejap!" Mina bangun melangkah keluar dari kelasnya. Panas hatinya.

"Mina kau nak ke mana?" Tanya Dahyun melihat Mina melangkah keluar. Tiada jawapan dari Mina.

"Suka sangat menyakat aku." Ujar Mina tidak puas hati sambil melangkah ke arah bumbung sekolah.

"Kenapala aku jatuh cinta kat dia? Sedangkan dalam masa yang sama aku benci dia." Ujar Mina sendirian.

"Tapi kenapa sekrang dia balik sekolah dia? Macam mana aku bagi ni." Ujar Mina lagi. Mina mengeluarkan seutas rantai yang memang dia pasti rantai itu milik Kai sebab ada terukir nama Kai.

🍵🍵🍵

"Woi, apsal kau termenung? " Tegur Jhope melihat Kai yang asyik merenung ke arah luar tingkap sahaja.

"Teringat buah hati dia la." Yoseob menyampuk.

"Mina? Bukan buah hati Seokmin ka?" Jhope kehairanan. Setahunya Seokmin yang menyukai Mina bukan lelaki di depannya ini.

"Haha, takkan kau tak sedar selepas kejadian simbahan air coffee tu dia terus berubah kepada low ego bukan high ego." Balas Yoseob. Dia memang nampak banyak perubahan yang berlaku pada kawannya ini.

"Betul la. Kai, kau sukakan Mina kan?" Tanya Jhope tersengih-sengih.

"Aku nak ambil angin kejap!" Kai bangun dan berlalu keluar dari kelas.

"Mina, kenapa kau tak suka aku? Kenapa aku tak boleh jadi prince charming kau? Apa yang aku tak ada dalam ciri2 prince charming kau?" Ujar Kai melihat langit yang biru.

"Aku akan buat kau suka aku? Aku janji!" Ujar Kai lagi.

🍵🍵🍵

"Selamat petang, pakcik!" Ucap Mina melangkah masuk ke dalam cafe tersebut.

"Selamat petang! Kamu dah sihat?" Balas bos Mina.

"Dah, pakcik. Mina nak minta maaf sebab tak datang kerja." Mina mengambil tempat duduk di hadapan bosnya itu.

"Tak apa, yang penting kesihatan Mina. Pak cik lega tengok kamu dah sihat. Sejak kamu tak datang kerja ramai yang tanya pasal kamu." Ujar bosnya itu.

"Ya ka? Popular juga saya." Balas Mina.

"Yela tu tapi pakcik rasa hari ni kamu datang bukan nak kerja kan?" Bosnya melihat penampilan Mina hari bukan seperti dia datang kerja.

"Pandai, pakcik. Mina nak minta cuti lagi sebab Mina pergi jumpa omma. Rindu kat dia." Balas Mina.

"Pergilah tapi esok masuk kerja." Balas bosnya.

"Terima kasih." Mina melangkah pergi.

🍵🍵🍵

"Omma, Mina rindu omma? Dah hampir setahun omma tinggalkan Mina. Kenapa omma pergi? Omma tak sayangkan Mina, appa dengan Woohyun ka?" Mina menatap pusara ommanya.

"Sejak omma pergi, banyak perkara yang berlaku. Ada sesetengah perkara yang Mina tak sanggup nak hadapi. Kalau omma masih hidup mesti omma akan tolong Mina seperti dulukan. Omma dengar tak ni?" Mina mula menangis.

"Mina dah jatuh cinta kat seseorang tapi Mina benci dia. Omma apa yang perlu mina buat? Omma tolong la. Mina tak tahu nak beritahu siapa. Mina memang kesunyian. " Mina makin esak menangis.

"Omma, kata omma akan tolong Mina. Tapi kenapa omma tak tolong Mina sekarang. Dan kenapa polis tak tangkap siapa yang menyebabkan omma kemalangan. Mina takkan pernah maafkan orang itu. Orang itu yang buat Mina kehilangan omma." Mina menyapukan airmatanya.

"Omma, Mina sayangkan omma? Mina rindu omma? Mina rindukan keluarga kita yang dulu yang ada omma kat situ. Mina rindukan bebelan omma. Mina rindukan masakan omma. Mina rindukan semua pasal omma." Mina meletakkan sejambak bunga yang dipengangnya di atas pusara ommanya. Dia menangis sepuas-puasnya. Dia mengingati setiap kenangan bersama ommanya.

"Omma, Mina balik dulu. Nanti Mina datang lagi." Ujar Mina berlalu pergi.

Mina berjalan keluar dari kawasan pusara. Hatinya masih sedih dan tidak sedikit pun terubat selepas ommanya meninggal setahun yang lepas disebabkan kemalangan kereta selepas pulang dari kerja. Hatinya seakan kosong selepas mendengar berita kemalangan ommanya. Sejak peristiwa itu dia banyak mengurung diri dalam bilik selepas pulang dari kerja. Tapi selepas lelaki itu muncul hatinya rasa macam telah diisi semula.

"Omma, kenapa omma tinggalkan Mina? Mina dah tak sanggup nak hidup. Mina rindu omma!" Ujar Mina airmatanya masih bergenang. Dia sememangnya rindukan ommanya.

COFFEEWhere stories live. Discover now