"Entah ke mana aku nak pergi?" Mina duduk di bangku sebuah taman.
"Bosan betullah!" Mina memandang ke arah taman itu. Ramai yang mengunjungi taman itu. Ramai juga yang datang secara berpasangan. Timbul rasa cemburu melihat situasi itu.
"Kan Best kalau aku boleh berdating macam mereka!" Terluah perkara tersebut dari mulut Mina. Sebenarnya dia sendiri ragu2 dengan perasaan dia. Memang dia rasa hidup dia dah macam coffee. Kadang2 manis dan kadang2 pahit. Pening untuk dia memikirkan. Lepas satu masalah masalah lain pula timbul. Saban hari dia dapat rasakan Kai makin memjauhi dirinya. Mungkin Kai kecewa dengan sikapnya yang memberitahu perkara sebenar tentang dirinya.
"Jom berdating dengan oppa!" Ajak seseorang yang sudah melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Oppa!!" Tanpa rasa segan Mina terus memeluk orang disebelahnya. Rindu sangat pada orang yang berada disebelahnya.
"Do you miss me?" Pertanyaan yang membuatkan Mina memeluk lebih erat dan satu kucupan singgah di dahi Mina.
"Oppa, do u miss me?" pertanyaan disoal balik oleh Mina.
"Ofcoz! Saya rindukan adik perempaun saya seorang ni." Luah lelaki di sebelah Mina membalas pelukan Mina.
"Baguslah. Ingat tak rindu dah kami kat sini." Balas Mina.
🍵🍵🍵
Kai yang baru sahaja memasuki keretanya setelah selesai berbincang dengan appanya di pejabat membolos masuk ke dalam keretanya. Baru sahaja dia mahu menekan pedal minyak matanya terpandang tubuh badan yang amat dikenalinya. Sebegitu lama dia tidak memandang wajah itu. Sejak dia berpindah kembali ke sekolahnya. Wajah itu seakan menjauhinya. Dia melangkah semula keluar dari kereta. Kakinya mula melangkah ke arah tubuh badan yang berada di kerusi. Tetapi langkahnya terhenti melihat seseorang melangkah ke arah susuk tubuh di hadapannya.
"Jom berdating dengan oppa!" Ajak seseorang yang sudah melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Oppa!!" Tanpa rasa segan Mina terus memeluk orang disebelahnya. Rindu sangat pada orang yang berada disebelahnya.
"Do you miss me?" Pertanyaan yang membuatkan Mina memeluk lebih erat dan satu kucupan singgah di dahi Mina.
"Oppa, do u miss me?" pertanyaan disoal balik oleh Mina.
"Ofcoz! Saya rindukan adik perempaun saya seprang ni." Luah lelaki di sebelah Mina membalas pelukan Mina.
"Baguslah. Ingat tak rindu dah kami kat sini." Balas Mina.
Kai bagaikan dicucuk pedang berkali melihat perlakuan daripada Mina kepada lelaki di sebelah Mina. Lagak mereka bagaikan pasangan kekasih yang paling romantik tika itu. Ini bermakna selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Mungkin kini dia mengerti kenapa malam itu Mina tidak memberikan jawapan kepadanya. File yang berada di tangannya yang menunjukkan pembukaan semula kes kemalangan tersebut itu dironyokkan dan dilempar ke tanah. Dalan hatinya memang dia sudah menyumpah seranah Mina. Mahu sahaja dia menerjah Mina dengan lelaki itu. Tapi fikirannya masih waras. Dia melangkah semula ke keretanya. Mungkin ini pertunjuk Mina memang seorang wanita yang sama seperti wanita lain.
🍵🍵🍵
"Oppa, bila balik sini? Sampai hati tak beritahu Mina." Mina sudah menarik muncung.
"Baru jer sampai! Rumah pun belum jejak lagi." Ujar Lelaki yang bernama Minho.
"Habis tu macam mana tahu Mina ada kat sini?" Mina hairan dengan kehadiran lelaki itu dihadapannya.
"Oppa nampak Mina. Jodoh kita memang kuat kan? Sampai kat depan taman tu tiba2 oppa rasa macam nak pandang. Lepastu oppa nampak Mina duduk sorang2. Mina ada tunggu sapa2 ka? Nanti mengganggu pula." Ujar Minho. Dia juga tidak mahu salah faham timbul melihat perbuatannya tadi pada Mina. Memang sudah kebiasaannya lalukan itu pada adiknya setelah lama mereka tidak bertemu. Tambahan pula dia ada mendengar cerita dari adik bongsunya yang menyatakan kakaknya ada menyimpan perasaan pada seseorang.
"Tak adalah, Mina sahaja datang ambil angin." Jawab Mina.
"Habis tu kenapa kata nak berdating mcm mereka? Mina ada simpan hati pada sapa2 ka?" Minho ingin tahu siapa yang berjaya menambat hati adiknya itu.
"Mana ada! Mina saja cakap macam tu. Oppa jom balik!" Mina menarik tangan abangnya itu.
🍵🍵🍵
Kai masih duduk di meja belajar. Cuba menumpukan perhatian pada kerja sekolahnya tapi peristiwa tadi menganggu fokusnya. Dia menolak segala yang berada di atas meja ke bawah. Habis segalah frame gambar keluarganya pecah. Dia sudah tidak dapat bendung kemarahannya. Dia mengambil pasu bunga yang terletak di sebelah almari bajunya lalu membaling ke katil. Bunyi ketukan pintu dari arah luar tidak dipedulikan.
"Aku benci kau Mina! Kau sama sahaja dgn perempuan lain. Aku akan bunuh kau!" Jerkah Kai dengan kuat.
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...