CHAPTER 19

99 10 0
                                    

Kai yang baru sahaja melangkah ke kawasan pusara abangnya itu terbantut setelah dia mendengar tangisan seseorang. Mulanya dia mahu mengabaikannya sahaja tpi mendengar suara yang cukup dia kenali segera dia melangkah menghampiri suara itu. Sememangnya dia amat terkejut mendengar kata2 dari suara itu. Sungguh dia tidak mempercayai bahawa pemilik suara itu sudah jatuh cinta pada seseorang. Dia juga berharap dialah pemilik hati suara itu. Dia menemani pemilik suara itu hingga pemilik suara itu beredar dari situ. Kai juga mula melangkah keluar dari situ. Dia juga dapat merasakan penderitaan itu. Kai segera melangkah ke hadapannya.

Mina menghentikan langkah setelah mendapati sepasang pemilik kasut yang dilihatnya itu berhenti di hadapannya. Dia terus mengangkat mukanya yang dibasahi air mata.

"Kai.... " Satu nama meniti di bibirnya.

Kai yang merenung wajah Mina itu terus mendekatinya lalu memeluknya.

"Menangis la." Ujar Kai memeluk Mina.

Ketika itu juga Mina mengeluarkan airmata. Tak dapat dia bendung lagi kesedihan itu. Dia berasa amat selesa menangis di hadapan lelaki itu berbanding dengan lelaki lain. Dia juga begitu berharap cinta dia dapat dirasai oleh lelaki itu.

"Kau okey?" Tanya Kai menghulur air minuman kepada Mina.

"Hmm, okey. Terima kasih. " Balas Mina menyambut huluran minuman itu.

"Kenapa kau menangis?" Tanya Kai. Sememangnya dia ingin tahu apa yg membuatkan Mina menangis sebegitu.

"Saya rindukan omma saya. Dia dah meninggal tahun yang lepas disebabkan kemalangan kereta." Beritahu Mina jujur.

"Tahun lepas? Kemalangan kereta?" Kai terfikir sesuatu. Perkara yang sama terjadi kepada abangnya. Abangnya juga kemalangan pada tahun lepas. Seperti ada sesuatu disebalik itu. Kai juga merasakan ini bukan kebetulan.

"Ya, omma saya meninggal masa dia pulang dari kerja. Ada kereta yang merempuh kereta omma saya dan pemandu itu juga meninggal dan sampai sekarang polis tak dapat sahkan punca kemalangan itu." Jelas Mina.

"Kemalangan itu 17/2 kan?" Tanya Kai.

"Ya, kenapa tanya?" Mina hairan dengan pertanyaan Kai.

"Saya pergi dulu!" Beritahu Kai mengangkat punggungnya dari bangku yang dudukinya.

"Kai.... " Mina memaut tangan Kai. Kai sedikit terkejut. Mina meletakkan seutas rantai di atas tapak tangan Kai.

"Maaf lambat pulangkan. Maaf sebab saya atas kata2 saya di hospital. Saya tahu awak dengar. Saya tahu macam mana saya nak cakap. Saya betul minta maaf atas segalanya. Saya..... "

Satu kecupan hinggap di bibir Mina. Mina sedikit tersentak. Dia merasakan pelbagai perasaan waktu itu. Itulah sememangnya membahagiakannya.

"Saya nak cinta awak! Saya nak sayang awak! Saya nak jadi prince charming awak! Saya nak takdir awak untuk saya! Saya nak buat segalanya untuk awak! Dan satu perkataan untuk awak 'saranghae'!" Ucap Kai dengan Ikhlas segera dia memeluk Mina.

Mina hanya diam seribu bahasa dia tak tahu hendak cakap apa. Hanya mampu berdiam diri sahaja. Kali kedua dia mendengar lelaki itu meluahkan perasaanya. Tapi dia belum pasti dengan hatinya lagi.

"Saya harap awak dapat terima saya. Saya akan berubah untuk awak." Ujar Kai.

"Saya balik dulu!" Mina melangkah. Semakin lama di situ semakin celaru perasaanya.

🍵🍵🍵

"Appa, Mina dah balik!" Ujar Mina menutup pintu rumahnya.

"Mina, sini kejap." Panggil Ayahnya.

Segera Mina melangkah ke ruang tamu apartment itu. Dia melihat adiknya, woohyun sudah berada di situ. Mesti ada sesuatu yang ayanhya hendak beritahunya.

"Ada apa, appa? Nampak serius jer." Ujar Mina melabuhkan punggung disebelah adiknya.

"Appa nak beritahu seuara kat kamu berdua." Beritahu ayahnya.

"Beritahula." balas Woohyun.

"Appa kena pindah kerja ke jepun bulan depan so kita akan pindah ke sana dalam masa yang terdekat. Pasal sekolah kamu appa dah beritahu pengetua sekolah kamu dan ayahnya dah beli tiket flight." Beritahu Ayahnya. Terbutang biji matanya Mina dgn adiknya.

"Bila kita pergi jepun?" Tanya Woohyun. Sememangnya dia teringin pergi ke negara matahari terbit itu.

"Minggu depan. Appa kena lapor kan diri awal bulan depan. Mina okey?" Beritahu ayahnya.

"Mina okey jer. Tapi rumah ni?" Mina melihat sekeliling rumah ni."

"Kita sewakan sebab kita ke sana dalam 4-5 tahun jer lepas itu balik sini pula." Jelas ayahnya tersenyum.

"Okey! " Balas Mina.

🍵🍵🍵

"Korang, ada satu perkara aku nak beritahu ni." Beritahu Mina serius. Semua mata menumpukan ke arah Mina.

"Aku kena ikut appa aku berpindah ke Jepun." Tambah Mina sedikit perlahan. Sebenarnya dia tak sanggup nk beritahu rakan-rakannya itu.

"Pindah?! " Serentak suara 4 orang rakannya berbunyi.

"Haah, appa aku kena pindah ke jepun. So family aku kena ikut sekali." Jelas Mina.

"Janganla pindah. Nanti sapa nak ajar kitaorang matematik." balas Dahyun memeluk bahu Mina.

"Aku memang tak nak pindah tapi aku kena ikut juga appa aku. Aku takut takkan jumpa kwn mcm korang." Ujaf Mina. Serta-merta kawan-kawannya yang lain turut memeluk Mina memintanya agar tidak pindah.

"Aku sayang korang. Korang sahabat sejati aku selama-lamanya. Tapi jangan beritahu pasal aku pindah kat sapa2 tahu." Beritahu Mina.

Cita dh smpai penghujung ka?!
Nk tahu stay la baca ni!

COFFEEWhere stories live. Discover now