CHAPTER 10

120 13 0
                                    

"Woohyun, appa balik tak lagi?" Tanya Mina melihat kelibat adiknya yg khusyuk menonton televisyen.

"Belum." Balas Woohyun ringkas.

"Dah lewat dah ni! Mana appa pergi?" Ujar Mina risau.

"Appa ada meeting. Dia kata dia balik lewat sikit. Kau jangan risau la." Beritahu Woohyun. Matanya masih di kaca televisyen.

"Okey, teman aku keluar kejap." Pinta Mina.

"Pergi mana? Dah lewat ni."

"Teman aku pergi beli makanan. Aku lapar ni!" Mina memegang perutnya yang rancak berbunyi.

"Malasla!" Woohyun memberikan alasan.

"Jomla, takkan kau nak tengok kakak kau ni kelaparan." Pujuk Mina menarik lengan adiknya itu.

"Hmm..... okeyla tapi dengan satu syarat." Woohyun mengalah juga.

"Apa dia?"

"Belanja aku makan boleh?" Woohyun tarik sengih.

"Hmm... "

"Kau nak aku teman ka tidak?"

"Yelah2. Ada2 jer kau ni." Mina terpaksa akur juga dengan permintaan adiknya tu.

🍵🍵🍵

"Ahh, kenyangnya. Terima kasih, kakak." Ucap Woohyun menggosok perutnya yang kekeyangan.

"Habis duit aku!" Rungut Mina.

"Alaa,bukan senang kau nak belanja aku dan bukan senang nak keluar makan dengan kau." Balas Woohyun. Sememangnya dia gembira kakak itu tak seperti dulu yang asyik duduk di dalam bilik sahaja.

"Mengarut kau ni. " Mina mencubit bahu adiknya itu.

"Oiy, sakitla!" Woohyun mengaduh kesakitan.

"Opps, sorry!" Mina mengurut kembali bahu adiknya yg dicubit tadi.

"Nah, rasakan pula." Woohyun memberi cubitkan pula tapi Mina sempat melarikan diri.

"Hey, mari sini!" Woohyun mengejar Mina dari belakang.

"Hah, dapat kau!" Woohyun menarik tangan kakaknya itu.

"Ambil ni!" Satu cubitkan ditujukan pada pipi kakaknya itu.

"Ahhh, sakitla." Mina menggosok pipinya yang dicubit.

"Jangan la merajuk." Woohyun mencuit pinggang kakaknya.

"Janganlah." Ujar Mina.

"Merajuk lagi. Nah rasakan." Woohyun makin ligat mencuit kakaknya.

"Okey2 tak merajuk dah." Beritahu Mina.

"Kalau macam tu senyum la sikit."

"Puas hati!" Mina menarik senyuman hingga nampak baris giginya.

"Dah jom balik. Nanti appa risau pula." Ajak Woohyun melangkah pergi.

"Ahh, tunggu la." Mina mempercepatkan langkahnya itu.

🍵🍵🍵

"Jong In, appa dengar prestasi kamu semakin baik di sekolah itu." Beritahu Encik Kim.

"Terima kasih, appa. Saya janji akan buat apa sahaja untuk buat appa bangga dengan saya sama macam abang." Balas Kai senyum.

"Kamu ingat kamu tu pewaris kumpulan Haejin dan jangan jatuhkan maruah keluarga kita seperti abang kamu." Ujar Encik Kim. Sememangnya dia amat kecewa dengan mendiang anak sulungnya itu.

"Appa, percayakan khabar angin itu?" Terbantut seleranya untuk menjamah makanan.

"Appa takkan percayakan khabar angin yang tak ada bukti tapi jabatan forensik yang cakap sebgitu appa tiada sebab untuk appa tak percaya." Encik Kim meninggikan suaranya.

"Semua tipu. Saya akan buktikan kebenaran yang abang takkan buat sedemikian." Kai menampar meja.

"Kim Jong In, perlahankan suara kamu tu. Itu appa kamu." Marah Puan Kim.

"Ouh, omma pun dah percayakan berita tu."

"Semua dah terbukti jadi kita tak perlula nak ungkit semua ni." Beritahu Puan Kim.

"Saya akan buktikan semua itu salah." Beritahu Kai keluar dari situ.

"Sayang, kita nak buat apa ni?" Tanya Puan Kim memerhatikan anaknya itu keluar.

"Biarkan sahaja." Balas Encik Kim.

🍵🍵🍵

"Tak guna! Semua dah percaya berita tu . Aku akan bukti kebenarannya dan tangkap perlakunya. Hyung, aku akan bersihkan nama kau. Aku janji." Ujar Kai melihat ke arah langit yang sudah gelap dan dihiasi bintang2.

"Ahhh, sakitla." Rungutan seorang gadis itu menarik perhatian Kai.

"Jangan la merajuk." Pujuk seorang lelaki yang hampir sebaya dengan gadis itu.

"Mina? Tapi sapa lelaki dengan dia tu?" Langkah Kai terbantut.

"Janganlah." Ujar Mina.

"Merajuk lagi. Nah rasakan." Lelaki makin ligat mengusik Mina.

"Okey2 tak merajuk dah." Beritahu Mina.

"Kalau macam tu senyum la sikit."

"Puas hati!" Mina menarik senyuman hingga nampak baris giginya.

"Dah jom balik. Nanti appa risau pula." Ajak lelaki itu melangkah pergi.

"Ahh, tunggu la." Mina turut mempercepatkan langkahnya itu.

"Mina, kenapa setiap kali aku tengok kau aku selalu tenang dan ego aku selalu rendah bila dengan kau." Ujar Kai melihat telatah Mina bersama dengan seorang lelaki.

COFFEEWhere stories live. Discover now