Mina memasukkan buku2nya ke dalam beg. Lagi 4 hari dia akan meninggalkan Korea. Entah kenapa dia terlalu berat mahu meninggalkan korea. Dia terpandang sebuah album di atas rak bukunya. Segera dia mencapai. Dibukanya. Melihat setiap gambar yang berada di situ. Sungguh hatinya sebak melihat setiap kenangannya bersama ibunya. Seyuman ibunya begitu manis di dalam gambar itu. Satu gambar menarik perhatiannya. Gambar dia menangis dan ibunya memujuknya.
"Omma, Mina rindu omma!" Ujar Mina. Airmatanya sudah menitis di atas gambar itu.
"Mina....!" Panggil Appnya yang muncul dihadapan biliknya.
"Ya!" Mina menyorok mukanya di sebalik album itu. Tidak mahu appa melihat dia menangis.
"Apsal yang sorok muka tu?" Appanya mendekati Mina. Pelik tiba2 anaknya itu menyorok mukanya.
"Tak apa2. Mina tengah tengok gambar ni!" Balas Mina yang masih berbuat sedemikian.
"Mina menangis kan?" Appanya mengangkat mukanya. Melihat mata anak yang sudah merah itu pun di sudah tahu anaknya itu menangis.
"Mina rindu omma!" Segera Mina memeluk appanya. Airmata yang berhenti tadi menitis semula.
"Appa tahu. Appa juga! Woohyun juga! Tapi Mina kena kuat. Mina takkan nak tengok omma sedih kat sana. Omma mesti lagi sedih lihat Mina macam. Sudah2! Appa tak nak tengok Mina nangis teringatkan omma. Yang berlalu biarkan berlalu. Mina kena kuat dan banyak bersabar... Okey?" Appanya mereka airmata anaknya itu. Sungguh dia faham perasaan anaknya. Dia tahu hati wanita tidak sekuat hati lelaki.
"Hmmm....!" Mina hanya mengangguk perlahan.
"Sambung kemas! Apa2 panggil appa." Ujar Appanya sebelum meninggalkan bilik Mina.
🍵🍵🍵
Hari ini merupakan hari terakhir dia di sekolah tersebut. Sepertia biasa dia akan berjalan berseorang selepas persimpangan sekolah adiknya itu. Langkahnya terhenti memandang ke arah bahu jalan itu.
Duk!!!
Mina sedari dia sudah berada di tanah. Terasa sakit sangat kepalanya. Dia memegang kepalanya.
"Aahh, dah bengkak. Macam mana ni?" Mina mengurut dahinya.
"Awak okey?" Suara garau itu menarik perhatian Mina melihat ke arah pemilik suara itu.
"Awak okey ke tak? Sori saya tak nampak awak tadi masa buka pintu." Ucap Kai dengan ikhlas.
"Okey!" Tangan Mina masih mengurut dahinya.
"Mari saya tengok!" Kai menarik tangan Mina yang mengurut dahi itu. Kai menyelak rambut Mina ke belakang Mina dan dihembus perlahan dahi Mina itu.
Terasa bahang Mina melihat mukanya denga muka Kai hanya beberapa inci sahaja.
"Kacak juga dia!" Monolog Mina dalam hati melihat wajah Kai dari dekat.
"Aishhh, apsal dengan aku?" Mina mengetuk kepalanya lalu mempercepatkan langkahnya.
"Mina..... Apsal dengan kau ni? Aku tengok kau semacam jer. Tak macam Mina yang aku kenal!" Tegur Momo yang asyik memerhati lagat Mina dari tadi.
"Tak ada apa2 la." Balas meneruskan langkahnya. Kalau dia beritahu dia teringat Kai pasti 7 hari 7 malam belum tentu kawan2 nya habis ketawakannya.
"Tak ada apa2 kau cakap. Yang kau ketuk kepala kau tengah2 jalan tadi tu kenapa? Macam orang tak betul ja aku tengok kau." Ujar Momo berjalan seiring dengan Mina.
"Tak ada apa2. Aku cuma teringat sesuatu." Beritahu Mina melangkah masuk ke dalam kelas diikuti oleh Momo.
"Kau teringatkan Kai kan?" Teka Momo duduk di tempatnya.
"Ishhh, kau ni ke situ pula."
"Apa yang korang tengah berbalah ni? Macam masalah negara ja aku tengok." Tanya Jihyo yang baru memasuki kelas.
"Mina ni tak nak mengaku yang dia teringatkan Kai!" Jawab Momo menunjukkan muka tidak puas hati.
"Betullah, aku memang tak teringat dengan dia." Mina masih dengan pendirian tidak mahu kalah. Walaupun apa yang dikatakan oleh Momo memang betul.
"Sudahlah tu. Nanti bergaduh pula. Momo, kau jangan la duk sakat Mina ni. Dia nak pindah dah." Terpaksa juga la Jihyo campur tangan dalam masalah negara kawannya itu.
"Okeylah, aku minta maaf." Momo akhirnya mengalah juga. Walaupun dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan Mina.
"Maaf diterima." Balas Mina tersenyum. Akhirnya dia yang menang. Semuanya berkat Jihyo.
"Mina, nanti kau jangan balik dulu. Tunggu kitaorang!" Beritahu Eunji yang baru sahaja memasuki kelas itu.
"Okey!"
🍵🍵🍵
Setelah habis kelas, kawan-kawannya sudah menariknya ke taman yang berdekatan dengan sekolah mereka. Terkejut beruk Mina melihat sebuah parti untuknya. Semuanya telah dirancang oleh sahabat2nya.
"Suprise!!!! Ini parti untuk kau!" Ujar Dahyun memeluk Mina.
"Thanks, tak sangka korang buat semua ni untuk aku. Terharu!" Hampir menangis Mina dibuatnya.
"Bukan selalu...... Kitaorang tak nak kau lupakan kami disini. Nanti bila kau balik sini terus contact kami. Disana pun jangan lupa contact kami. Satu sahaja yang kau perlu kami sayang kau." Ujar Jihyo memeluk Mina begitu juga dengan kawan2nya yang lain.
"Aku takkan lupakan korang sebab korang sahabat aku forever. Friend for life." Balas Mina. Kali ini dia betul2 menangis.
"Kau ni sekarang apsal cepat sensitif. Sikit2 menangis." Perli Eunji.
"Mana ada! Aku cuma sedih sebab nak tinggalkan korang!" Ujar Mina menyeka airmatanya sambil tersenyum.
"Sudah! Dont cry! Kita datang sini nak happy." Ujar Dahyun menepuk bahu Mina. Memberi sedikit ketenangan.
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...