CHAPTER 4

149 19 3
                                    

"Wei, korang tengok tu." Dahyun menunjuk ka arah 6 jejaka yang memasuki cafe tempat Mina bekerja.

"Merekala. Mina mereka selalu ka datang sini?" Tanya Eunji yang masih memerhati jejaka2 itu.

"Taklah selalu sangat tapi akhir2 ni mereka selalu datang sini. Kalau mereka datang selalunya belah petang sikit." Jawab Mina yang turut ikut serta rakan2nya memerhati jejaka tersebut.

"Mereka nak tengok kau kut." Gurau Eunji dengan sengihan.

"Kau ni. Aku cubit baru tahu." Mina membuat tangan ketam pura2 mencubit Eunji.

"Mina, kau pergi layan budak lelaki tu." Arah rakan sekerja Mina.

"Kenapa kau tak layan?" Tanya Mina.

"Sebab mereka nak kau layan mereka. Lagipun aku ada customer lain la. Kau layan yer." Balas rakan sekerjanya.

"Yelah, aku layan." Mina bangun.

"Kan aku dah cakap mereka nak jumpa kau." Beritahu Eunji disambungi dengan tawa rakan2 nya yang lain. Mina sudah menarik muncung tanda tidak puas hati segera dia melangkah ke kaunter mengambil senarai menu cafe itu.

"Bagi saya coffee yer." Beritahu Minhyuk.

"Aku pun." Ujar yoseob sebegitu juga N.

"Saya nak coffee caramel." Beritahu Seokmin.

"Aku nak Latte." Hoseok pula bersuara.

"Bagi aku capuccino." Pesan Kai.

"Okey,itu saja?" Mina bersuara setelah selesai mencatat menu yang dipesan oleh mereka.

"Ya itu saja. Terima kasih!" Balas Seokmin mengembalikan menu kepada Mina.

"Ini pesanannya!" Mina meletakkan minuman di atas meja itu.

"Aku rasa aku tak pesan copuccino. Aku pesan latte! Ini bukan minuman saya!" Ujar Kai menolak minuman itu kembali ke arah Mina.

"Awak pesan yang ini la. Ini buktinya!" Mina menunjukkan buku catatan order.

"Saya ingatlah apa yang saya pesan! Cepat pergi tukar!" Balas Kai.

Mina mengambil air itu kembali dan melangkah ke arah kaunter dengan penuh kesabaran. Dia kembali dengan secawan latte dan meletakkan di atas meja itu.

"Baru saya teringat saya pesan capuccino bukan latte. Maafnya... Boleh kau tukar balik!" Ujar Kai tersengih nakal. Mina menarik nafas dalam supaya dia dapat menahan sabar lebih lama walaupun dia tahu dia akan meletup.

"Awak nak sangat minum coppucino kan? Ini minumlah sambil mandi!" Jerkah Mina sambil menuang minuman di atas kepala Kai.

"Awak ingat perangai awak itu Bagus sangat ka suka mengarah orang suka hati. Ingat muka hensem perangai baik tapi tak muka hensem perangai hodoh. Ini balasannya kalau tak pandai jaga perasan orang. Padam muka!" Ujar Mina dengan nada yang tinggi.

Hampir semua yang ada di situ melihat ke arah mereka. Mina menuju ke kaunter meletakkan apron dan terus berlalu pergi dari cafe itu. Air mata yang dia tahan akhirnya jatuh juga. Tak pernah dia rasa sebegini. Entah salah apa yang dia buat pada mereka sampai mereka sanggup buat dia sebegitu.

😢😢😢

Mina duduk di sebuah kerusi. Cuba menenangkan fikiran Tak pernah dia berasa marah sebegitu pada sesiapa sampai dia menangis kecuali satu peristiwa yang berlaku dulu. Dia mengeleng kepala beberapa kali. Tidak mahu dia mengingati peristiwa itu lagi.

"Awak okey?!" Sapa suara garau yang duduk di sebelahnya

"Okey....." jawab Mina setelah memastikan siapa yang memiliki suara itu.

"Sorry." Ucapnya dengan yang sedikit perlahan.

"Untuk apa?!" Mina menjongket keningnya.

"Sebab tadi."

"Kenapa awak yang datang minta maaf?" Tanya Mina inginkan sebab kenapa lelaki didepannya datang minta maaf kepadanya. Bukan lelaki itu.

"Sebab saya rasa bersalah kat awak."

"Rasa bersalah?!" Mina masih berdolak dalih.

"Haah."

"Tak pelah. Lagipun bukan salah awak." Ujar Mina

COFFEEWhere stories live. Discover now