"ITU kan Firdaus. Pemain bola sepak terbaik sekolah kita..."
"Yalah."
"Handsomenya."
''Eh... Syaf. Kau tak nak jumpa dia ke?"
sambil mata sang rakan itu melirik padanya. Teman-teman yang lain juga mendesak dan akhirnya dia ditolak keluar dari tempat persembunyian. Kelam-kabut dia menstabilkan dirinya bila berhadapan dengan sang pujaan hati.Lelaki yang berpakaian bola itu berpaling. Senyuman yang dia terima dari si gadis.
Wajah si lelaki sangat serius."Ya, nak apa?" soalnya polos.
Si gadis tersenyum lagi mendengar pertanyaan itu.
"Err... saya nak berkenalan dengan awak, boleh?" tanya si gadis pula.
Lelaki itu merenungnya dari atas ke bawah. Bawah ke atas.
'Cantik!' monolognya lagi.
Senyuman si lelaki terukir tiba-tiba, "Em, boleh. Tapi aku ada latihan sekarang ni. Aku nak cepat. Nanti kita berbual lagi k, bye..."
Maka tinggallah si gadis di situ dengan hati yang berbunga-bunga. Kawan-Kawan yang dari tadi bersembunyi, kini keluar dan menapak ke arah rakan mereka yang seorang itu.
"Dia cakap apa dengan kau, Syaf?"
"Dia tak nak berkenalan dengan kau ke?"
"Dia tolak kau ke?" soalan daripada rakan kelasnya itu mematikan senyumannya.
"Esh, bukanlah. Dia nak berkawan dengan aku tapi dia ada latihan. Jadi nanti kami jumpalah lagi. Yahoo!"
Rakan yang lain sudah tersenyum.
"Untunglah," kata mereka serentak.
Tidak jauh dari situ, seseorang telah melihat semuanya.
"Oh! Firdaus budak bola tu pula, ya? Em, tak apa. Nanti aku cari kau..." bicara Syed perlahan sambil merenung tajam si gadis yang merupakan adiknya itu.
Buku lima digenggamnya kuat sebelum berlalu dari situ.
Edit semula pada 17 November 2019
Edit semula 23 Disember 2020
YOU ARE READING
Abang Si Penjagaku [$U]
Teen Fiction♡♡♡Kisah seorang abang yang terlalu bertanggungjawab dalam menjaga adik perempuannya seorang itu. Si adik yang mudah jatuh cinta, degil, tak dengar kata dan keras kepala♡♡♡ "Abang jahat! Abang kongkong hidup adik. Abang buli adik. Abang juga larang...