Kondo Sekitar Taiping.
Wina meletak kesemua barang-barangnya ke dalam rumah baru.
Anak-anak kecil itu bermain permainan yang dibeli oleh Mia semasa pergi ke Aeon.Anak-anak kembar Wina diajar agar tidak bermain telefon kerana teknologi itu mampu menjejaskan kesihatan Si Kecil sebelum usia dan dia tidak mahu memanjakan anak-anaknya dengan telefon.
Sementara anak-anaknya bermain,Wina dapatlah mengemas apa-apa yang patut di kondo ini.Nanti bila anak-anaknya meragam,jadi satu hal pulak Wina hendak melayan.
Bermula bilik utama iaitu biliknya.Wina menyusun barang kosmetik serta barangan penjagaan kulit yang lain di laci solek.
Kondo ini adalah hasil titik peluhnya sepanjang menceburi bidang fesyen dan permodelan usai dia melahirkan dua kembar ini.Tanpa sokongan Naufal,dia mampu bangkit menguruskan dirinya bersama anak-anaknya bernama Marsha Alissa Kim Soon Ja dan anak lelaki sulungnya,Mukhriz Aryan Kim Soon Hyung.
Dia memandang ke cermin.
Melihat wajahnya berpantulan cermin.Lama Wina merenung wajahnya.Kemudian dia tersenyum ngeri.
"Julia kalau kau fikir kau boleh tumpas aku dengan mudah,tch!Silap banyaklah.Banyak benda lagi kau tak tahu fasal aku.Aku boleh jadi lebih syaitan kalau kau nak." Wina ketawa sinis.Tekanan perasaan yang dihadapi oleh wanita itu membuatkan dia lebih selesa bermonolog sendirian.Kadang-kadang dia bercakap dengan cermin.Bagi Wina,adalah lebih baik dia menceritakan masalahnya dengan cermin atau dinding daripada bercakap dengan manusia.
Wina menumbuk sedikit cermin meja soleknya.Sakit tetapi tidak mendatangkan kecederaan pada kulit mulus tangan Wina atau cermin itu sendiri.
"Aku takkan lepaskan kau,Julia." Bergetar bibir wanita itu.
Masa itu Wina mengingati kisah silamnya.Kisah silam yang meragut hidupnya.
Empat Tahun Yang Lalu.
"Nah,air!" Terus Wina mengambil minuman dari tangan Julia.Mereka berada di rumah Julia.Rindu punya fasal sampai sanggup Wina datang ke rumah Julia untuk melepaskan rindu.
Sebelum keluar,Wina sudah meminta izin Naufal untuk ke rumah Julia.
Julia melabuhkan punggung di sebelah Wina sambil mengukir senyuman.Matanya menilik ke arah tubuh Wina."Berisi sungguh badan kau ye?Dulu kau kurus kering aja.Macam lidi."Ujar Julia berbasa-basi.Sambil matanya melihat Wina yang rakus meneguk minuman yang dibancuh oleh Julia.
Wina memandang Julia.Tangannya meletak cawan ke atas meja.Tangannya sebelah lagi mengusap perutnya yang kempis tetapi ada isi.
"Aku pregnant actually.Dah tiga bulan aku mengandung.Penangan bunting pelamin katakan.Syukur." Ujar Wina dengan senyuman makin lebar.Isteri mana tidak gembira apabila dapat mengandung anak hasil cintanya bersama suami.
Julia mengukir senyuman kelat.Kerana cemburu dan busuk hati berselindungi sebalik jubah,Julia menyimpan dendam terhadap Wina dan berhasrat untuk meranapkan hidup wanita itu.
Hati hitam boleh tutup dengan jubah.
Rangkap lagu Zizi Kirana berjudul EH! seperti kena dengan sifat keperibadian Julia.
YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mister / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-