Perempuan Sundal II

2.2K 67 57
                                    

Balai Polis Taiping.

Pihak polis masing-masing mengurut dahi saat mendengar laporan dari sebuah syarikat arak.Ada mayat seorang gadis yang mati dalam keadaan ngeri berada di situ.Apa lebih memilukan mayat itu merupakan mayat anak pengusaha kilang arak.Menangis mereka sekeluarga saat membuat laporan.

Mayat itu terbelah dua,beberapa organ penting seperti jantung,buah pinggang,hempedu dan sum-sum tulang belakang Vanessa Ong sudah di ambil oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Haider yang terpaksa datang ke tempat kerja menggetap bibir.Mangsa dendam Megat Rayqal yang keenam.Nampaknya dia perlu segera menjalankan tugasnya agar tidak terjadi pada mangsa-mangsa yang lain.Cukuplah adik kandungnya sendiri dibunuh dan sahabatnya yang koma dek diseksa oleh lelaki yang sama membunuh Haura dan lima gadis yang lain.

Tetapi ada satu per beberapa masalah.

Masalahnya adalah Daud dan Salim.Mereka ini memberi ancaman hebat dan penghalang padanya.Jika mereka berdua ini tidak mengambil rasuah dan bersubahat dengan Megat Rayqal,mesti sudah lama mahkamah  menjatuhi hukuman 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Sayang sekali!Nampaknya dia perlu lebih terperinci dalam menyiasat.Dia perlu bijak menangani rasuah Salim dan Daud.Walaupun dia tidak secekap Mia tetapi Haider akan cuba juga untuk memberkas Megat Rayqal.

Tangannya mula mendail nombor seseorang.Kepalanya kiri dan kanan menoleh.Takut akan kehadiran Salim dan Daud.

"Zack,boleh tolong aku tak?Aku ni Haider.Ha,aku nak kau check siapa peguam or hakim yang berkait rapat dengan lelaki bernama Megat Rayqal.Ala,aku cuma nak tahu aja!Wei,kau jangan kepochi cerita dekat orang tau?Ni hal polis.Kau dengan aku aja tau.Okay?Terima kasih,Zack!"Haider mematikan taliannya.

Sekali lagi Haider mendail nombor seseorang menggunakan telefon pejabatnya."Assalamualaikum,Wani.Ni aku,Haider.Kau boleh check tak schedule Daud dengan Salim untuk esok?"

"Malam esok Salim dengan Daud pergi serbu kelab judi dekat Taiping.Maybe pukul tiga lagi baru diorang balik.Kenapa kau tanya ni?"

"Ah,aku saja aja tanya.Baru ingat nak ajak diorang lepak tengok bola.Erm,tak apalah!Okay,bye!" Sepantas kilat Haider mematikan talian.Sengaja bohong dengan Wani.Tahulah gadis itu macam mana?Mulut radio Hot FM.Kepochi.Sebab tu Haider bohong.

Pintu dikuak dari luar membuat Haider sedikit terperanjat.Mujur orang tidak nampak.

Ada tiga anggota polis mula masih.Masing-masing tabik hormat pada Haider Memandangkan pangkat Haider tinggi.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now