War

1.7K 60 11
                                    

Sebelum Mia bertolak ke Kelantan,gadis itu ke hospital terlebih dahulu untuk melawat Naufal.Dia mahu melepaskan rindu yang terpendam.Walaupun acap kali dia melawat lelaki itu tetapi rasa rindu dan cintanya tidak pernah surut.

Mia membawa Nasi Ayam bersama teh tarik yang dia beli dekat kedai tadi.

"Yang ni aja ke?Ingatkan kau bawak MacDonald tadi."Ujar Naufal mencebik bibir.Matanya sempat meniti Nasi Ayam dibeli oleh kekasihnya itu.

Mia berdecit geram."Banyak cengkadak pulak mamat ni.Makan ajalah!Karang kalau aku masak,ke kubur kau kejap lagi."

Ketawa Naufal meletus.Serius sahaja wajah gadis itu saat menggeluarkan ayat sebentar tadi.

Payah juga kalau ada kekasih yang tak tahu memasak ini.

Tetapi cinta punya pasal,dia terima Mia seadanya.Kesetiaan gadis itu padanya menguatkan lagi cinta Naufal pada Mia.Hilang cintanya pada Wina.

"Yela...Aku makan!"Naufal mula membaca doa sebelum makan.

"Petang ni kalau di ikutkan kau boleh discharge,kan?"

"Yup!"

"Means aku hantar Marsha dekat engkau petang ni jugak."

"Kau nak pergi mana?"Soal Naufal masih mengunyah makanan.Dia tidak memandang Mia kerana sibuk mengunyah.Perutnya benar-benar lapar sekarang ini.

Sudahlah makanan dekat hospital itu tidak sedap!

"Petang ni aku nak pergi Kelantan.Ada urusan sikit.Kau jangan risau,cinta aku pada kau ni utuh.Aku tak akan cari mamat Kelantan buat laki."Kata Mia dengan nada bergurau.Dia cuba untuk hilangkan segala keresahannya.

Bayangkan jika dia terlepas salah seorang antara Mia dan Megat Rayqal.Semestinya orang terdekatnya bakal mengalami ancaman yang hebat.

Naufal memandang Mia dengan lama.Dia mula berhenti makan."Urusan apa tu?Aku nak tahu jugak.Kau ni kalau buat sesuatu keputusan,tak adanya nak menyenangkan hati aku."Soal Naufal pula dengan nada serius.Langsung tidak ambil pusing dengan gurauan Mia tadi.Dia tahu Mia seorang yang setia.

Mia menggaru lehernya.

"Aku nak kena pergi sana.Nak berkas Megat Rayqal,nak berkas Wina malam ni.Aku nak selesaikan semuanya.Harapnya kau okaylah dengan keputusan aku ni."

"Lah,aku okay ajalah!Kau polis,mesti kau nak jalankan tugas kau as polis.Aku tak halang kerjaya yang kau bina selama ini.Cuma...!"Naufal terus menarik kedua-dua tangan milik Mia.

Genggaman tangan Naufal pada tangan Mia cukup kemas."Aku nak kau jaga diri bebaik.Aku sentiasa doakan kesejahteraan kau,Mia.Doa aku pada kau tak akan pernah putus.Kita akan bersatu lepas benda ni semua selesai.Aku tak sabar nak jadikan kau isteri aku yang sah."

Mia sekadar tersenyum malu.Matanya menatap sahaja tangan Naufal yang menggengam erat tangannya.







































Imani sekadar merenung jauh.

Habis sahaja dia menghantar makanan dari rumah ke rumah,dia mula singgah ke restoran mamak.

Dia masih memikirkan tentang masa depannya.Perlahan-lahan dia merenung pula jari manis yang tersarung cincin emas putih itu.Dia sudah menjadi tunangan orang.Tidak lama lagi dia bakal menjadi isteri kepada Tristan.

Lelaki yang dia tidak mahu langsung untuk dijadikan sebagai suami.Lelaki yang sama dia melihat sedang bermesraan dengan sahabatnya,Suhana.

Perkahwinan antara Imani dan Tristan adalah rancangan orang tua mereka.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now