Pada malam itu,Mia terpaksa menggantikan arwah Aziz yang bertugas meronda kawasan-kawasan titik panas Mat Rempit.
Sedih ke atas kehilangan rakan-rakan sejawatnya kerana dibunuh.Dia tidak menolak kemungkinan semua ini berpunca daripada Megat yang mahu menutup segala perbuatan kejinya terhadap kaum wanita.
Motif?
Mia sendiri keliru.Mengapa Megat begitu marah pada kaum wanita?
Mengapa kejam sekali lelaki itu membunuh entah berapa ratus orang yang tidak berdosa?
Adakah sebab dosa seorang wanita terhadapnya sehingga wanita lain menjadi mangsa?
Adakah juga dia seorang gay yang bencikan kaum wanita dan mahu menghapuskan mereka di muka bumi ini?Dia jadi keliru.
Memang wujud bunuh secara rambang ini.Memang wujud.Tetapi orang berpengaruh seperti Megat tak mungkin tiada masalah serius sehingga mendorong lelaki itu bertindak di luar kawalan.Umpama mengambil kerja malaikat untuk mencabut nyawa manusia.
Mia melihat sebalik side mirror motor.Dia meronda menaiki motorsikal berkuasa tinggi.Dia berdecit geram bila melihat Daud dibelakang.Pengkhianat negara!
Mengapa perlu Daud mengikutinya?
Tiba-tiba hatinya jadi tidak senang.Sebab dia berdua sahaja dengan Daud.Seorang peronda polis yang lain terpaksa ke bengkel sebab tayar motor buat hal.Nak tak nak Mia terpaksa akur.
Semasa mereka lalu dikawasan sunyi,tiba-tiba Daud memecutnya lalu menendang kuat motorsikalnya sehingga gadis itu jatuh.
Taman Mewah.
"Auwww!!" Wina mengerut kening saat hujung jari telunjuknya terhiris pisau semasa memotong bawang.Darah mula mengalir di tempat luka.Kononnya hendak masak Ayam Masak Kurma kesukaan Mia tetapi nampak gayanya kakaknya pula bertugas malam.
Tidak mengapa.
Ada juga orang akan makan masakannya.
Bergegas Naufal menuju ke arah isterinya.Cuak sahaja melihat isterinya cedera itu."Hei,Sayang?Kenapa ni?Ya Allah.."Naufal menarik tangan Wina pergi dari dapur dan mengheret ke ruang tamu.
Wina berdecit geram.Tidak selesa bila Naufal terlalu over-protecting."Tak payah over sangatlah!Luka sikit aja."
"Duduk."Naufal mengambil kotak first aid lalu di bawa ke arah Wina.Mujur dekat dengan televisyen sahaja.
"Ish,apa benda kau ni?Aku okay ajalah." Wina hendak bangun tetapi...
"Sayang duduk atau Abang cium sayang dekat sini.Biar Abah nampak sikit mesra kita."
"Yelaaa...!"
Naufal mula mencuci luka,melumur sedikit ubat lalu melekatkan plaster pada hujung jari yang cedera.
Merah pipi Wina saat Naufal mencium jarinya yang berbalut plaster itu.
Satu.
Dua.
Tiga.Terus Wina menarik tangannya daripada dicium."Dahlah,aku nak masak.Takut Angah balik nanti."
YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mystery / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-