Kanina Izzah

1.4K 49 20
                                    

Sebelum kita tengok perangai lahanat Si Wina ni,apa kata kita flashback dulu macam mana Salmia Wajihah,Shahrul Iqbal dengan Kanina kena bunuh!

Here we go!!















































Kuala Lumpur.
Sembilan Belas Jam Sebelum Dibunuh!

"Awak,saya minta seribu aja nak betulkan motor.Kenapa awak bagi lima ribu?Motor saya kapcai aja.Bukannya Harley Davidson."

Kanina mengukir senyuman lebar.Sejuk lubang telinganya mendengar suara kekasih yang baru dia kenal tidaklah sampai empat hari tapi Kanina punya tabur duit tu macam kenal lebih dari sepuluh tahun!

"I bagi tu,ambik aja!Jangan banyak cakap.I sayangkan U,Shah.U romantik.Tak macam Tristan tu.Asyik hadap dengan kerja dia aja.Dahlah mak dia tu perangai macam haram jadah lagi!Tahulah I ni 'kotor'!Tak macam menantu tak jadi dia tu.Mia Dahlia!Tapi janganlah layan I macam anjing kurap!"Tanpa sedar,Kanina meluahkan perasaan kepada lelaki yang baharu kenal tidak sampai empat hari.Kerana kata-kata manis daripada Shahrul Iqbal membuat dia cair.

"Kenapa tak tinggal sahaja Si Tristan tu?Kalau saya jadi awak,saya tinggal sahaja Tristan tu.Nak jadi apa,jadilah!Kalaulah awak jadi kahwin dengan Tristan,entah apa pulak mak mertua dia nak buat.Tak semua mak mertua suka dengan kisah silam kita waima kita dah bertaubat sekali pun.Malu katanya."

Kanina terdiam seketika.Kata-kata Shahrul Iqbal ada benarnya.Jika dia lanjutkan perkahwinannya bersama Tristan,kemungkinan hidupnya di masa hadapan akan gelap.Bahkan dia bakal dicerca semahunya oleh keluarga bakal mertuanya yang rata-rata tahu sikap Kanina bagaimana.Seorang gadis liar berpeleseran,kaki check-in hotel,kaki arak dan segala kakilah!Walaupun Kanina sudah berubah,tetapi dia tetap dicerca oleh keluarga Tristan.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now