Safar Nur Damia

3.1K 82 55
                                    

"Awak!"Jerit seorang gadis ketika Megat menjejakkan kakinya ke tempat letak kereta di Tesco,Taiping.Bersebelahan sahaja dengan Taiping Sentral.

Megat memandang ke belakang.Langkahnya juga terhenti kerana secara tiba-tiba ada gadis memanggilnya.Dia sendirian hari ini kerana kekasih haramnya bercuti dengan Naufal tiga hari tiga malam di Pulau Babi Besar,Johor.

Gadis ini lama memerhatikan Megat.Dah macam Sasaeng Fans aja gelagat gadis muda itu mengikuti ke mana sahaja Megat pergi.

Megat mengukir senyuman yang sangat jahat tetapi pada gadis malang itu, senyuman jejaka hadapannya agak manis.

Nampaknya dia akan dapat mangsa baru ni.Sudahlah kuda kayunya pula bercuti.Ada pula mangsanya yang menyerah diri untuknya.Mana boleh terlepas peluangkan?

Gadis yang bernama Safar Nur Damia itu tersipu malu.Seperti macam ada hajat besar gayanya.

"Ada apa,erk?Awak ni siapa?"Soal Megat dengan lembut serta tampak seorang budiman pada mata kasar seorang perempuan yang mempunyai satu akal dan sembilan puluh sembilan nafsu itu.

Safar menggaru kepalanya yang di lindungi dengan bawal crepe.Dia masih lagi memikir untuk menyusun ayat untuk menyatakan hasratnya.

Safar terpaut masih kepada Megat walaupun dia tidak mengenali lelaki ganteng itu.

"Errr...Saya Safar Nur Damia! Erm...Saya....!"Safar menunduk malu sambil bermain kedua-dua jari telunjuknya.Dia menggigit bibir pulak.Kekok rasanya berhadapan dengan lelaki ini.

Megat menantikan jawapan gadis itu dengan penuh kesabaran yang tinggi.

Mahu aja Megat ingin mencepuk muka Safar agar bercakap dan tidak membuatnya tertunggu-tunggu macam tunggul kayu.

Tetapi apakan daya?

Sabar adalah kunci kejayaan untuk Megat melunaskan dendamnya terhadap kaum hawa.

Safar memandang semula wajah Megat.Dia terus mengukir senyuman setelah mendapat keyakinan dirinya untuk bercakap dengan Megat.

"Awak ada girlfriend tak?"Soal Safar separa gagap.Antara takut cintanya bertepuk sebelah tangan ataupun teruja untuk mengetahui status Megat.

Megat memang seorang lelaki kacak.Mata bundar,hidung mancung,berkulit kuning langsat,ada jawline, bibirnya tidak tebal dan tidak juga terlalu nipis,tingginya 1.79 cm,tubuh sedikit tegap dan pakaian pun mengikut gaya semasa.Hasil kacukan Melayu-Thailand-Cina,dia memiliki wajah kacak yang digilai kaum hawa.

Bohonglah orang kacak bergaya macam ni tak ada girlfriend.

Megat masih lagi menggekalkan senyuman jahatnya itu."Kenapa awak tanya?"Soalan berbalas soalan.Kening sedikit tebal milik Megat di angkat sedikit menampakkan dirinya seorang nakal,playboy dan menggoda.

Itulah teknik popular Megat untuk menjerat mangsanya yang naif.

"Errrrr...!"Muka Safar yang sedikit putih itu mula kemerahan bak tomato.Gadis itu menggetap bibir sekali lagi.Kali ini dia teramat malu dengan tingkah Megat yang agak nakal itu.

Gadis itu menghela nafasnya untuk mengumpul keberanian."Saya suka awak. Saya nak berkenalan dengan awak kalau awak tak keberatan.Tapi kalau awak ada girlfriend tak apa.Saya takkan kacau awak. Saya pergi dulu."Kata Safar dengan laju dan terus berpaling membelakangi Megat.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now