Cafe Sekitar Taiping.
"Pergilah,Julia!Jangan kacau rumahtangga kami lagi.Kau nak tunggu Wina mati dulu baru kau nak berhenti kacau rumahtangga orang ke macam mana?"Kata Naufal masih mengawal suara.Kerana reputasi isterinya sebagai model,dia terpaksa menjaga pertuturan kata dan adab.Jika ikutkan hati,memang lunyai juga Julia dikerjakan dekat sini.
Julia masih begitu.Air mata buayanya kekal mengalir.Kononnya dia khilaflah tu."Wina,tolong pertimbangkan apa yang aku cakap ni!Ye,aku banyak berdosa dengan kau!Aku buat kau dengan anak-anak kau merana.Sekarang aku dah terima pembalasan apa yang aku dah buat pada korang.Tolonglah aku,Wina!Tolong...!"Julia menyembamkan pula wajahnya ke lutut Wina.Sempat dia mencebik geli sebelum memandang Wina semula.
Wina menggetap bibir.Tangannya melambai ke arah satu guard yang baru selesai berehat.
Julia yang tidak sedar guard menghampirinya itu masih lagi membawa watak sedih.
"Guard,boleh bawak tak orang gila ni keluar dari kawasan sini!Menganggu aja.Kesian orang dekat sini terpaksa tahan muntah gara-gara bau badan dia tu!"Wina menutup hidungnya.
Julia tergamam.Dia sangkakan Wina akan bersimpati dengan nasib malang menimpa dirinya dan akan menerima semula dia menjadi isteri kedua Naufal.Malah sebaliknya terjadi.Dia pula dimalukan oleh Wina.
Wina menolak kasar tubuh Julia sehingga wanita itu duduk semula di lantai mozek.Sepantas kilat dia mengambil losyen dari dalam beg tangannya.Losyen itu mula dilumur ke lututnya yang terdedah dan disentuh Julia sebentar tadi.Dia sengaja menayang wajah jijik.Seronok juga dapat menyakitkan hati wanita itu.
Guard warga Nepal mula merangkul kedua-dua lengan Julia untuk proses menghalau.
"Wina,kau tak boleh buat aku macam ni!Aku kawan baik kau kot!Jangan lupa diri sangat!"Jerit Julia sambil bergelut melepaskan diri.Guard terpaksa mengheret Julia dalam keadaan duduk yang tidak mahu berdiri.
"Kawan baik,ceh!Nak muntah aku dengar!"Wina kata Wina dengan lagak gedik.Langsung tidak hiraukan jeritan Julia dari luar.Malah makan bersama anak-anaknya dan Naufal sahaja.Begitu juga pelanggan yang lain.Mereka tidak menghiraukan Julia.Lantaklah kalau perempuan tu hendak menjerit pun!

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Gizem / GerilimHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-