Oleh kerana wajahnya sudah kembali sembuh,Megat memulakan operasinya mencari wanita yang dahagakan kasih sayang seorang lelaki melalui beberapa aplikasi seperti MiChat,Instagram,Facebook dan pelbagai aplkasi yang lain.
Hari ini empat wanita sahaja berjaya diperdayakan dengan ayat-ayat buayanya.Sejumlah wang telah dimasukkan ke akaun milik Shahrul Iqbal oleh keempat-empat mangsanya.
Lelaki itu cari bukanlah wanita yang cikai-cikai macam sebelum ni.Rata-rata mereka adalah terdiri daripada businesswoman yang berjaya,model,artis,kerja kerajaan dan orang kenamaan.Yang muda pun ada,yang hat tua nak mampos tunggu time duduk kubur pun termasuk mangsa buaya Si Shahrul Iqbal.
Sekarang dia bermesej dengan empat wanita dalam satu masa.Guna empat telefon berlainan supaya kegiatannya tidak dihidu oleh salah satu mangsanya.
Hasil wang diperolehi dari mangsa-mangsanya,Shahrul Iqbal berjaya membeli sebuah rumah agam yang mewah sekitar Taiping.Dia tidak lagi menetap di Kuala Sepetang bersama Zack setelah dia sudah dapat apa yang dia mahukan.
Tangan Shahrul Iqbal ligat menaip mesej salah seorang mangsanya.
Seorang wanita India.
Likungan usia empat puluhan.
Bekerja sebagai peguam.
Merupakan isteri seorang ahli parlimen Pulau Pinang.Hanya berkenalan di Facebook tidak sampai dua minggu,wanita yang bernama Vikneswary sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit demi mendambakan belaian kasih seorang lelaki muda belia yang dia baru sahaja kenal.
Vicku
•Nanti kita nak jumpa dekat mana?I tak sabar tau nak tengok muka U yang cutie tu.Me
•Boleh ke U mari Perak ni?Jauh kot.Hubby U tak marah ke?Ayat buaya gais!
Vicku
•Boleh aja.Lagi pun husband I pergi Brunei.Entahlah dia buat apa dekat sana.Malas I nak ambik tahu!Me
•😅•Okay kalau U cakap macam tu.Nanti I kasi U location.
Wanita itu hanya bluetick sahaja tanpa membalas chat daripada Shahrul Iqbal.
Lima minit wanita itu tidak membalas,ada chat lain pula yang masuk.Kali ini telefon lain pula.
Ianya seorang model yang bernama Nia Fathia.Seorang model yang terkenal,satu agensi dengan Wina dan berkacukan Melayu-England.
Nia.
•Hai,Babe.I rindulah dekat U.Bilalah kita nak berjumpa ni?Setiap kali I nak jumpa,mesti U postpone.Kenapa,erk?Me
•I nak jumpa sangat dengan U.Tapi I seganlah nak jumpa.Yela,I ni operator kilang bra aja.Macam tak layak aja jumpa dengan model cantik macam U.Muka I pun buruk.Nak ke jumpa dengan lelaki buruk macam I?

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Gizem / GerilimHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-