Nia Fathia

1.5K 49 12
                                    

Pisau yang dipegang olehnya di main pada hujung pisau berkilat dan seperti baru dibeli dari DIY

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pisau yang dipegang olehnya di main pada hujung pisau berkilat dan seperti baru dibeli dari DIY.

Beberapa tahun telah berlalu dan ingatannya kuat dengan tragedi itu.Ah,bukan tragedi!Tapi satu kejayaan kecil kerana berjaya menghapus Megat Izuddin dengan tangannya sendiri.

Pada usia dini (muda) ini dia membunuh orang.Tiada detik penyesalan dalam dirinya kerana membunuh seseorang.Baginya bangsat seperti Megat Izuddin perlu dibunuh sebelum keadaan makin rumit.Erti kata lain,dia mahu menghapuskan kesemua keturunan Megat Izuddin sehingga tiada lagi manusia berpangkukan nama lelaki itu.Jika mereka ada anak dari luar pernikahan bersama Megat Izuddin,dia tetap akan hapuskan juga.Kerana apa pun alasannya,suatu hari nanti salah seorang dari keturunan itu pasti akan mengikuti jejak langkah ayah mereka.

Dia menyandar tubuh belakangnya di kerusi sambil mengeluh kecil.Mata bundarnya memandang ke atas kipas siling yang sentiasa berputar sederhana laju.Kemudiannya ada pula telefon berdering di meja.

Lantas dia mengambil telefon itu dan dijawab pula panggilan itu.Sebelah kanannya memegang telefon manakala sebelah kirinya sedang mencucuh rokok yang dikepit pada celahan bibir merah.

Sebelah kanannya memegang telefon manakala sebelah kirinya sedang mencucuh rokok yang dikepit pada celahan bibir merah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa?"Soalnya agak dingin sedikit.Itulah sifat asalnya.Dingin dan menakutkan.

"Bila kau nak munculkan diri ni?Budak Megat tu dah melampaulah.Mengamuk Zack dengan perangai budak tu!"Keluh seorang lelaki dalam talian.Nada suara dalam talian itu benar-benar menjengkelkan telinga dia yang berada di sini.

Dia menyandarkan semula tubuhnya ke sofa.Rokok menghembus keluar dari dalam mulutnya.Persis naga selesai menyembur api ke musuhnya.

"Khun join kau tak?"Soal dia lagi.Malas hendak merespon keluhan lelaki itu.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now