Keesokan Paginya.
Mokhtar sibuk memasak juadah untuk anak-anaknya.Keadaan seperti sediakala walaupun keadaan anak perempuannya yang bernama Mia Dahlia tidak seperti dahulu lagi.Tidak berupaya.Hendak berdiri pun dia tidak mampu.Tetapi semua ini bersifat sementara kerana lusa malam Mia akan bertolak bersamanya,anak-anak Muaz dan juga Dr.Damien.Jadi hanya Mokhtar berharap adalah keajaiban pada anak perempuannya kelak.Dia yakin Mia akan kuat harungi semua ini dengan sokongan dari keluarga.
Wina menyediakan juadah makanan bersama Naufal didapur bersama Mokhtar manakala Mia bersembang denganMuaz di ruang tamu.Suasana rumah seperti sediakala.Riuh rendah.Hadirnya Mia menyinar lagi warna hidup mereka sekeluarga.
"Crush Angah baru aja kahwin semalam."
"Siapa?Angah ni crush banyak sangat.Tak tahu yang mana satu."Soal Mia penuh berminat.
"Ala,Iskandar tulah!Yang Angah cakap muka dia macam Princemeed tu.Dia dah kahwin semalam."
Mia menayangkan wajah aneh."Seriuslah Iskandar kahwin?"Mia ketawa lagi.Sehari dia sedarkan diri,riaknya muram.Bercakap pun tidak.Sekarang dia pula yang riuh."Perempuan manalah malang sangat kahwin dengan Iskandar tu.Lurus bendul!"Ejek Mia masih tersisa tawa lagi.Mengingati kisahnya bersama Iskandar.Kembaran princemeed.
Muaz ketawa pula."Ala,bukan orang lain pun!Member kau sendiri jugak."
"Along jangan cakap budak Izz jadi bini Iskandar?"
"Dialah tu!"
Mia ketawa terbahak-bahak.Tangannya memegang perut menahan kesenakan.
"Wei,tomboy tu ke kahwin dengan Iskandar?Dulu bukan main lagi buli budak Iskandar tu.Pau duitlah,disuruhnya pulak beli rokok sampai kena rembatlah Iskandar dengan bapak dia pakai getah paip.Tup!Tup berkahwin pula dengan Iskandar?Hahaha,malang nasib kau Izzati!"Mia mengejek Iskandar dan member sekolahnya yang bernama Izzati.
"Dah jodoh,Angah.Nak buat macam mana?"
"Tapi kartun sangatlah kisah dua ekor tu.Izz tu rasis sangat dengan Iskandar.Tapi sekarang dia pula melekat dengan mamat tu.Padan muka kau,Izz!"
"Riuhnya suara kau,Angah!Rancak nampak?"Wina mula melabuhkan punggungnya di hadapan Mia.Mukanya tampak kepenatan dek menguruskan bahagian dapur.Wina diarah oleh Naufal untuk bersama dengan kakak dan abangnya.

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mystery / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-