Perumahan Taman Mewah,Kamunting.
"Ibu!"
"Ibu!"
Terhenti seketika bicara mereka berdua saat mendengar panggilan dari dua kanak-kanak kecil dari luar rumah.
Masuk sahaja dua kembar itu,tubuh Mia yang berkerusi roda di dakap erat.Marsha dan Mukhriz sangat manja serta rapat dengan Mia.Kadang-kadang juga mereka memanggil Mia dengan gelaran ibu.Bagi mereka,Mia adalah ibu kedua selepas Wina.Kalau Wina ada show atau lakonan dekat luar negara,Mialah jaga anak-anak bertuah tu.Tapi sebelum rumahtangga Wina dengan Naufal hampir retaklah.Sekarang ni Naufal pula yang jaga anak-anak kembar itu.
Mia memeluk erat dua adik-beradik tadi."Baru nak ingat ibu ke?Tadi duduk bilik Paksu tak ingat Ibu pun?"Soal Mia sambil mengucup kedua-dua pipi anak saudara kembarnya.
Tristan ketawa kecil."Ibu?Sejak bila pula Mia kita ni suka budak?Selalunya suka buat budak menangis adalah."Perli Tristan masih sisa ketawa.Dia berasa amat lega apabila Mia sudah move on dan memaafkan kesilapannya yang lalu.
Past is past.Move on ajalah!Dah tak ada jodoh,redha sahaja!
Mia mencebik bibir dek disindir."Kita dah dua puluh lebih.Mestilah ada keinginan nak ada anak."Jawab Mia masih membelai rambut perang Mukhriz dan rambut hitam lebat milik Marsha.
"Fazlan ada.Kahwinlah Mia,oi!Tak payah nak tumpang anak aku lagi kalau dah ada anak sendiri.Mesti anak kau dengan Fazlan tu comelkan?"Usik Wina bersama semasa duduk di sofa menghadap Tristan.Dia menayang giginya yang rata.
Mia dan Fazlan masing-masing pamer wajah jijik.Kedua-dua beruk ini memandang sesama sendiri sebelum membuat aksi muntah.
"BWERK!NAK MUNTAH AKU!!"Ejek Fazlan masih tayang wajah jijik.
"Eh,Lan!Kau fikir aku selera sangat dengan kau?Muka Bangla bancuh simen handsome lagi dari kau."
"Lepas tu kau nak suruh aku gelabahlah?Ha?Eh,Bangla tengok kau pun sebatu lari.Suara macam perempuan tapi pakaian macam jantan!Blahlah!"
"Wah,kontroversi gila ayat kau ni!Bro,kau bila last makan penumbuk aku?Macam mengundang aja nak kena penumbuk aku ni?Kau rindu sangat ke nak merasa?"

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Misteri / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-