Gudang Sekitar Kuala Sepetang.
Megat Rayqal mengukir senyuman lebar di hadapan cermin saat melihat dirinya yang baru.Walaupun wajahnya berbalut dengan kain berwarna putih tetapi dia puas dapat apa yang dia impikan selama ini.
Masam sahaja wajah Zack saat melihat Megat Rayqal senyum lebar macam tiada apa-apa yang berlaku.Mahu sahaja dia ingin membunuh jejaka itu.Biar mampos.Tapi khuatir pula jika anak,isteri dan pekerjanya menjadi mangsa Megat itu.Jadi dia terpaksa mengikut kemahuan lelaki itu jika tidak ingin terjadinya kejadian buruk.
Lebur berpuluh ribu ringgitnya kerana membiayai wang untuk pembedahan plastik.Ubah wajah Megat Rayqal.Ya,Megat Rayqal membuat pembedahan plastik dan mengubah jadi seseorang.
"Macam mana dengan pekerja aku tu?Kau ambik identiti dia,kau rosakkan muka dia,sekaran.."
"Bunuh ajalah!Takkan nak suruh dia ganti aku pulak.Karang tak pepasal rahsia aku terbongkar pulak."Jawab Megat bersahaja dan rileks gila.Dia malas mahu berfikir panjang fasal itu.Sekarang dia ada lagi misi paling besar dia hendak lakukan.
Bulat mata sepet milik Zack saat mendengar kata-kata selamba Si Megat."Lan&3@ lu!Eh,lu ingat wa banyak sinang ka mau cari olang?!"Tempik Zack dengan suara sekuat yang mungkin.Darahnya naik dengan tingkah laku Megat yang kurang ajar itu.Memang menyesal dia berkerjasama dengan lelaki itu untuk perniagaan haramnya.
Megat hanya ketawa kecil."Kau buat pilihan.Nak budak tu mati atau aku cakap dekat bini engkau fasal kerja haram yang kau buat selama ni dekat belakang dia.I'll bet your wife never know how source you get a lot money for her and your son?Am i right,Zack?"Ugut Megat masih ketawa kecil lagi.Seronok pula dia melihat wajah marah Si Zack.
Lelaki Cina itu terdiam.Nafasnya turun naik menandakan amarah menggunung.Ugutan Megat betul-betul membunuh jiwanya.Isteri Zack seorang wanita berpegang teguh pada ajaran Katolik.Nak makan babi pun bini dia sudah naik hantu,inikan pula makan duit haram hasil dadah dan jual organ manusia.Memang bercerailah mereka jawabnya.
"Jadi ikut aja arahan aku.Bukan susah pun.Betul tak?"
Terus Zaxk beredar dari bilik khas untuk Megat Rayqal.Dia malas berbasa basi dengan lelaki itu lagi.Buat dirinya makin naik angin sahaja.
Megat berdecit sinis.
Dia meneruskan melihat dirinya ke cermin.Walaupun dirinya berbalut tetapi tidak mengapa,dia sanggup berbungkus macam ini asalkan jangan orang lain tahu tentang identitinya yang sebenar.Dia mahu habiskan riwayat Julia dan Wina serta wanita-wanita malang yang lain.
"Megat Rayqal dah mati.Now aku adalah Shahrul Iqbal.Welcome to my new identiti.I am Shahrul Iqbal."Megat menggigit bibir sedikit sebelum ketawa.

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Misterio / SuspensoHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-