My Family

2.3K 73 58
                                    

Taman Mewah,Kamunting.

Mia memeluk ayahnya dengan erat semasa mula masuk ke dalam rumahnya."Mokhtar,aku ri...ARKHH!!Abah,apa ni cubit kening orang!"Mia mengusap keningnya dek dicubit oleh ayahnya sendiri.Bibirnya sengaja dimuncungkan.

Ayahnya memeluk tubuh."Suka hati hang aja panggil aku lagu tu.Aku ni bapak hang tau dak?"

"Ala,nak bergurau sikit pun tak boleh ka?" Mia mengecilkan matanya sambil tersenyum mengejek."Abah datang bulan,ya?Tu moo..."Mia mengekek ketawa saat ayahnya mahu memukulnya pula.Bukan selalu dia hendak bergurau senda dengan Mohktar.Kesibukkan kerja membuat dia terhad meluangkan masa bersama ayahnya.Hanya adik lelaki bongsunya Mirza Jason Darwish sahaja berada di dalam rumah bersama Mokhtar.

Mia mula menjejaki masuk ke dalam dapur.Bau masakan Mokhtar membangkitkan selera.Semenjak kedua-dua isterinya meninggal,dialah masak bagi makan anak-anak.Nak harap dua anak perempuannya pun!Hurm,haram!Yang Mia masak telur pun tak reti.Buat kuah black pepper dia letak Tom Yam paste.Nak masak sup Mia pergi campur dengan paste Adam Pedas.Menyirap juga Mokhtar kalau Mia memasak ni.Yang Wina ni pandai masak tapi ikut mood.Kalau ada mood,dia memasak.Kalau tak ada mood,terbongkanglah dekat bilik tu.Pening kepala dia memikirkan perangai dua anak perempuannya itu.

"Lorh,Along!Awat tak habaq nak mai?" Soal Mia dengan riak terkejut.Abang sulungnya Muaz Nakhun Daniel bersama isterinya Izwani Damia serta anak perempuan mereka bernama Qistina dan Qaleesya sedang berada di dapur.

Mia mula bersalaman dengan keluarga kecil Muaz."Kak Long sihat ka?"

Izwani mengukir senyuman lebar."Sihat aja,Mia oii!"Mia ketawa kekok selepas itu.

Mia melabuhkan punggung sebelah Muaz."Ah,tak sabarnya nak makan masakan Abah.Nyum...!Nyum...!"Mia memandang juada pada hari ini.Macam hendak pergi kenduri.Banyak.

"Mia,oi!Lain kali belajaq memasak sikit.Umur dah 23 tahun kot.Dah boleh jadi bini orang dah.Nak jadi mak budak pun boleh tau?Ini masak..."

"Abah,ada orang mai tu!" Mia sengaja mengubah topik.Cair tahi telinganya mendengar bebelan Si Abah ini.Macam bertih jagung.Lama-lama boleh pekak jadinya.

Bahu Mia dipukul kuat oleh Mokhtar sebelum lelaki tua itu pergi ke ruang hadapan untuk menyambut tetamu.Mia mengaduh sakit sambil menggosok bahunya.

Muaz dan Izwani ketawa mengekek.

Mia memandang kedua-dua pasangan suami isteri ini dengan geram."Jangan seronok sangat gelak,karang ada makan bara api kejap lagi."

Makin kuat pasangan suami isteri ini ketawa."Patutlah Mak Gayah cancel Mia jadi menantu.Ganas sangat."Kata Izwani masih tersisa ketawa.Mia adalah adik ipar paling kelakar.Kalau berjumpa dengan Wina pula,habis riuh satu rumah.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now