Haura Latisya

4.5K 104 24
                                    

"Haura Latisya Bt Tengku Halim! Nak ke mana tu? Dah lewat malam dah ni!"Haider Lukman mencekak pinggang apabila melihat adiknya yang sedang berpakaian dress hitam tanpa lengan dan bahagian skirt hanya takat ke pangkal paha sahaja.

" Jumpa kawan!"Jawab Haura acuh tidak acuh.Tampak malas di situ.

Haider menilik jam pada pergelangan tangannya."Jadahnya jumpa kawan malam-malam macam ni.Kamu pergi naik atas sekarang!"Arah Haider dengan tegas.Nada suaranya juga seperti keras.

Haura menjeling tajam sebelum memandang abangnya.

Dia tidak suka abangnya yang mengongkongnya itu.

"Abang ni jangan kacau Haura boleh tak? Haura dah besarlah. Bukan budak kecik lagi. Suka hati Hauralah nak ke mana pun!"Kerek sekali jawapan gadis remaja yang berusia lapan belas tahun.

Wajahnya seiras Nelydia Senrose.

Cantik.

Abangnya menggelengkan sahaja dek tingkah adiknya yang suka memberontak itu.

Berbuih bibirnya kerana sikap Haura.

Sebagai abang sulung,dia perlu risaukan tentang keselamatan adiknya memandangkan Haura adalah seorang perempuan.

Kalau pondan,tak kalut dia nak mengongkong pun!

"Haura,masalah sekarang Haura ni perempuan. Siapa tak risau kalau anak dara keluar malam-malam buta macam ni? Dah pukul dua belas ni. Macam-macam boleh jadi, Haura. Tolonglah dengar cakap abang,adik oi! Jangan degil sangat."Haider cuba untuk berlembut dengan Haura.

Kalau abang Haura seorang lagi iaitu Haikal Luthfi,memang dah lama makan penampar tu.

Haikal ni baran sikit.

Tak macam Haider.

Lembut.

Sebab itu Haura seperti pijak kepala atas sikap lembut dari Haider.

Kalau Haikal,tau pun takut.

Haura mencebik.

Tanda meluat.

Dia berdecit kasar sebelum membuka pintu utama.

"Whatever....!"

Jawab Haura dengan acuh tak acuh sambil flip rambutnya.

Terus Haura keluar laju dari rumah dan menaiki Mini Cooper birunya.

Kesibukan Datuk Halim dan Datin Sharizat membuatkan Haura semakin liar.

Kurang kasih sayang gitu!





















Tanjung Bungah,Pulau Pinang.
Megat POV.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now