Traitor

1.4K 51 39
                                    

Wina POV.

Asap rokok bertebaran berkeliaran sekitar kawasan bangunan lama.Di mana matinya seorang insan yang berjaya menakluki tubuhku secara haram sehingga benih haram ini juga bercambah dalam rahimku.Rokok jenama Suria ini aku hisap setenang mungkin untuk menghilangkan perasaan yang kian berkecamuk.

Takut sebenarnya masa aku nak bunuh Lokman tadi.Bukan apa.Sebab dah lama sangat aku tidak kotorkan tangan ini untuk membunuh seseorang.Kali terakhir aku membunuh pada lapan tahun lepas.Iaitu kematian Megat Izuddin yang berpuncanya dari aku.Jika aku tidak geliga untuk sembunyikan segala bukti yang boleh mendakwa aku,mungkin aku takkan dapat kecapi kejayaan seumpama ini.

Mungkin juga Mia Dahlia berbahagia manakala aku dalam juvana sengsara.Tidak!Aku tidak benarkan dua ulas bibir Mia Celaka ini mengukir senyuman.Aku nak perempuan tu mati!Aku benci Mia Dahlia!

"Mia dapat PMR straight A?Tahniah!"

"Aik?Wina?Straight C aja ke kau punya PMR?Wei,kakak kau lagi bijak dari kau doh!"

"Aku tak nafikan yang Wina ni memang ada rupa paras bidadari.Tapi aku tetap minat dengan tomboy tu.Peribadi dia buat aku terpikat."

"Eii,gatalnya kau ni Wina!Habis SPM terus nak kahwin dengan budak Korea tu.Tengoklah Mia Dahlia tu?Habis sekolah terus apply polis.Tup!Tup naik pangkat dah!"

Puncanya aku benci kakak sendiri.

Sebab mulut oranglah aku punca jadi macam ni.Aku tak suka orang bandingkan aku dengan Mia.Aku tak suka orang puji-puji Mia sedangkan aku juga berusaha untuk menjadi orang yang berguna.Orang yang aku suka,yang aku cintai,tiba-tiba beralih arah pada Mia.Aku benci perempuan tu!Sumpah aku benci Mia Dahlia.Apa yang aku ada,dia rampas!Apa yang aku minat,tapi Mia dapat dulu!Bahkan zuriat yang aku kandung selama sembilan bulan sepuluh hari pun bandingkan aku dengan Mia.Ada yang mengeluh kenapa Mia tidak jadi ibu diorang!Wei,hati siapa tak sakit?Aku penat-penat mengandungkan korang,macam inilah korang balas dekat aku?Sialan punya anak-anak!

Bingkas aku berdiri dari kerusi yang dah memang ada dalam bangunan ini.Kakiku mula berjalan ke arah mayat Lokman yang mula dihurungi langau.Rasanya tidak sampai setengah jam yang lalu dia ni mati.

Rokok yang aku pegang tadi mula dibaling ke arah Lokman sehingga mengenai dahinya.Bibirku menguntum senyuman sedikit.

"Selamat jalan Romeo!Kau dah mati,Lokman.Lepas ni takkan ada sesiapa nak ancam aku lagi.By the way,lepas ni aku akan bawak pulak kakak aku ke 'syurga'.Lepas tu,aku akan bahagia!Macam cerita dongeng.Hehehe!"Aku ketawa ngeri.Usai aku bercakap dengan mayat,tangan ini mula menggeluarkan sebuah telefon untuk menghubungi seseorang.Sambil itu aku berjalan kaki untuk turun dari bangunan usang ini.Sebelum beredar tu aku periksa dulu seluruh bangunan ini.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now