Kondo Sekitar Bandar Taiping.
"Finally datang jugak,ya?Ingatkan nak tambat laki macam tambat lembu." Bukak sahaja pintu,terjojol wajah Natrah yang masam mencuka bersama Haider yang beriak biasa.Seronok Wina dapat memperli Natrah.Sakit hati Wina dengan kebiadapan wanita itu malam semalam.Kalau Wina ini bukan model,hendak sahaja dia ingin memaki Natrah.Sebab dia model dan perlu menjaga air muka,jadi terpaksalah dia menjaga pertuturan kata.
Natrah berdecit geram.'Kurang ajar punya perempuan!'Desis Natrah dalam hati.Dia mula membezakan Mia yang tomboy tetapi menjaga adab manakala Wina yang feminin tetapi kurang ajar!
Wina membuka pintu seluasnya untuk membenarkan pasangan ini masuk ke dalam rumahnya.
Bibirnya masih mengulum senyuman puas.Melihat pula riak wajah Natrah yang makin masam mencuka.
"Sayang,siapa yang datang tu?" Soal Naufal yang baru sahaja selesai mandikan anak-anak.Betapa seronoknya dua kembar ini merasakan kasih sayang seorang ayah dan Wina tidak mampu menghalang anak-anak kecil ini berjumpa dengan Naufal.Tapi hatinya untuk lelaki ini masih tertutup rapat.Kabus dendam bersarang dalam hatinya menutup rasa cintanya terhadap Naufal.
"Kawan Angah.Saja SAYANG nak ajak kawan Angah ni datang makan.Boleh sembang-sembang fasal Angah."Ujar Wina sengaja menekan perkataan Sayang.Sengaja hendak bagitahu yang Wina ni sudah ada suami.
"Ohhh...!" Naufal memandang Haider dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.Tergugat hati lelakinya.Walaupun Haider ini sudah mempunyai isteri dan anak tetapi dia tetap takut jika Wina akan jatuh ke tangan lelaki itu.Ah,tak boleh bayang woo!
Wina memandang kedua-dua pasangan ini."Jemputlah duduk.Hari ni I masak simple aja."Kata Wina dengan ramah.
Lauk pauk yang dimasak pada hari ini adalah Ayam Masak Merah,Nasi Tomato,Daging Masak Hitam dan juga Jus Tropika Sunquick.
Natrah dan Haider mula melabuhkan punggung.Manakala Wina mula duduk sementara mahu menunggu Naufal selesai urusannya bersama dua anak kecil itu.
Selang beberapa minit,Naufal sudah selesai melayani anak-anaknya dan mula ke meja makan.
"Alang-alang U alls datang ke rumah I,jemputlah makan.Nanti habis makan I dengan my HUSBAND mulakan perbincangan kita." Sempat lagi Wina mencari fasal dengan Natrah.
Natrah menjeling sahaja.Malu bercampur baur geram dengan Wina.Dia sangkakan Wina seorang janda.Sebab itulah dia berperangai macam itu.Manalah tahu Wina sudah mempunyai suami dan anak-anak yang comel.
Masing-masing mula membaca doa sebelum makan.Hanya para suami sahaja bersembang rancak manakala para isteri pula masih berperang dingin.
Lelaki kalau jumpa,kalau tak isu politik mesti fasal isu bola pula hendak di jadikan sebagai topik perbincangan.Bila Haider dan Naufal membicarakan tentang bentuk punggung Sajat,kedua-dua lelaki ini dicubit kuat oleh isteri mereka sehingga bunyi mengaduh sakit kedengaran.

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mystère / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-