Vikneswary II

1.7K 53 14
                                    

Restoran Sekitar Taiping.

"Zack,rumah sewa kau tu masih kosongkan?Aku nak guna sekejap boleh tak?"Soal Shahrul Iqbal yang berada dalam tandas.Sementara Vikneswary pula sedang menjamah makanan di restoran.

Kedengaran decitan geram terbit dari bibir Si Zack."Lu ho,kenapa asyik suka menyusahkan olang?Ini mau,itu mau!Jangan ganggu,Wa boleh tak?"Tempik Zack dengan suara lantang.Kedengaran nafasnya juga turun naik.Mungkin menahan sabar dengan karenah Shahrul Iqbal itu.

Lelaki itu juga berdecit."Kau nak tolong atau aku bukak semua rahsia kau pada bini kau.Mesti bini kau tak suka bila dengar pekerjaan kaukan?"Selepas itu,Shahrul Iqbal mula ketawa kecil.

"Megat Rayqal!!!"Jerit Zack di dalam talian.Kali ini lagi kuat.

Kuat lagi Shahrul Iqbal ketawa."Kalau kau nak rahsia ni selamat,ikut sahaja arahan aku.Bukannya aku mintak benda pelik pun.Okay?"

"Nanti lu ambil itu kunci dekat Ah Seong.Hari ni Wa dekat Thailand.Tak ala(ada) ini tempat!"Selepas itu,Zack mematikan talian.Nada suaranya makin mendatar.Sabar lelaki Cina itu makin lama makin menipis.Hendak sahaja dia membunuh Megat Rayqal a.k.a Shahrul Iqbal itu.

Lelaki itu mula tersenyum sinis sebelum bangun dari mangkuk tandas lalu mula keluar.






















Thailand.

"Taukeh,tak boleh jadi ni!Kalau terus macam ni,budak tak guna tu boleh manfaatkan Taukeh!Silap hari bulan,Taukeh boleh jadi dia punya barua!"

Lagi berasap telinga Zack mendengar ayat Zamri.Assistant kesayangannya.Mereka berjalan di Kota Bangkok yang sangat sibuk dengan ramai pengunjung dalam dan luar negara.

Zack memberhentikan langkah."Sikalang lu mau Wa buat apa?Ini Megat Wa tarak boleh sinang-sinang bunuh.Kalau Wa buat itu macam,Wa mati woo!"Zack mula buntu.Dia mahu melenyapkan Megat Rayqal daripada hidupnya.Kalau Megat Rayqal mati lagi Zack suka.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now