Rohana

2K 54 24
                                    

Perkuburan Sekitar Batu Kurau.

Muaz cuba menenangkan anak-anaknya yang menangis kuat di perkuburan arwah Izwani.Suasana makin hiba saat melihat ketiga-tiga beranak ini kehilangan sayap kanan.Paling sedih bila Izwani dibunuh dalam keadaan tidak sepatutnya.

Lelaki itu mula menyesal kerana meninggalkan Izwani sendirian di rumah.Tidak menjangkakan kepulangannya dari masjid disambut dengan mayat Si Isteri yang kepalanya terpisah dari badan.Muaz juga selesai melaporkan kepada pihak polis untuk menangkap pembunuh Izwani.

Wina mula membelai bahu Muaz dengan lembut.Terus tubuh Wina dirangkul dan dipeluk oleh Muaz.Lelaki itu menangis semahunya dipelukan adiknya."Abang tak kuat,Acik!Abang tak kuat.Siapa bunuh Kak Wani,Acik?!Apa salah Kak Wani tu dekat dia?!"

Wina mengusap lembut belakang Muaz.Dia juga sedih atas kehilangan Izwani.Sudahlah anak dalam kandungannya gugur lepas tu pula mati kena bunuh.Mesti Muaz tak boleh nak berdiri teguh bila tiada insan tercinta di sisi.

Mokhtar juga turut berasa sedih.Menantu yang dia kenali sangat baik budi bicaranya,sopan dan tidak tinggal sembahyang.Dia amat kagumi sifat peribadi Izwani.Sayang sekali wanita itu dibunuh dengan kejam.

Masing-masing mula membaca surah Al-Fatihah untuk arwah Izwani.









































Perumahan Sekitar Batu Kurau.

Pihak polis mula menyiasat sekitar rumah Muaz.

Haider yang mengendalikan kelima-lima gadis mula menyiasat kes kematian Izwani saat menjumpai serbuk beracun dalam sistem pencernaan mangsa.Racun itu menyebabkan gugurnya bayi dalam kandungan arwah Izwani.

"Tuan,saya jumpa yang ni."Putra menayangkan satu cawan plastik yang berada dalam tong sampah.Dia yakin makanan ini merupakan kali terakhir arwah Izwani menjamah makanan dan minuman.Memandangkan pula dalam tong sampah hanya ada dua bekas sisa makanan sahaja.

Haider mengambil cawan itu dan menilik jika ada benda aneh yang dijumpai dalam minuman itu.Selain dia menjumpai serpihan serbuk putih yang masih berketul dan tidak dilarut dalam minuman itu,dia juga menjumpai tag yang tertera nama seseorang.Lelaki itu berdecit geram."Sial punya jantan!"Gumam Haider dengan suara perlahan.Geram.

Dia memberi semula cawan itu kepada Putra."Kau bawak cawan ni ke balai.Kita buat ujian forensik sikit.Lagi satu,kita bagi kesemua bukti dekat pegawai atasan kita!Aku yakin Daud dengan Salleh akan diberkas tak lama lagi!"Wajah Haider bertukar sinis.Dia harus jalankan amanah dari Mia untuk sumbatkan tiga jahanam itu di dalam penjara."Megat Rayqal juga akan diberkas.Atas tuduhan membunuh lima wanita dan menyebabkan Mia koma."Kata Haider dengan suara dingin.

Putra hanya mengangguk faham sebelum meminta diri ke tempat lain untuk mrnjalankan tugasan yang lain.































































Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now