Klinik Sekitar Taiping.
Puas Naufal bersilat dengan ayahnya untuk mengambil Marsha dan Mukhriz keluar bersamanya.Hendak atau tidak Naufal terpaksa membohongi Jae Hwan agar lelaki itu tidak mengesyaki bukan-bukan.Akhirnya lelaki tua itu membenarkan Naufal membawa kanak-kanak itu bersamanya.Naufal sempat memberi amaran supaya jangan memberitahu Wina tentang hal ini.Jika tidak,masaklah nanti!
Naufal menolak stroller berkembar menuju masuk ke dalam klinik berkenaan.
"Encik Naufal?"
Naufal memaling ke belakang.Kelihatan tubuh tinggi Si Megat menuju ke arahnya dengan wajah bersinar-sinar.Naufal akui Megat memang kacak.Dia memiliki wajah yang sangat tampan.Bahkan lebih tampan darinya.Mulalah lelaki itu berasa terancam dan berfikiran negatif.Kalaulah Julia lihat wajah kacak ini adakah cinta wanita itu beralih arah?
"Sila ikut saya." Megat mula berjalan mendahului Naufal sebelum lelaki itu juga membontoti Megat masuk ke dalam bilik seorang doktor.
Megat membuka pintu sebelum mengarahkan Naufal masuk dahulu dan selepas itu dia pula mula masuk."Dr,Zaidi.Kenalkan sahabat saya,Naufal Ibrahim Kim Tae Yong."Selepas membuat sesi perkenalan,Megat mula melabuhkan punggung di kerusi hadapan Dr.Zaidi.Selepas itu Naufal pula mula duduk bersebelahan dengan Megat.
Dr.Zaidi memandang Naufal dan kemudiannya memandang kedua-dua si kecil yang polos itu."Encik Megat dah menceritakan segala-galanya pada saya.Sedih juga kalau dengar kisah macam ni.Banyak dah para isteri di luar sana datang ke klinik ni untuk periksa DNA anak-anak mereka andai kata Si Suami tak nak mengaku anak.Ada juga nak detect perogol melalui DNA anak.Terima kasih pada Encik Megat kerana berani usulkan cadangan ini pada Encik Naufal.Kalau berlarutan,takut isteri pertama Encik Naufal makin rosak dan tak dapat dibendung."Dr.Zaidi mengambil beberapa coklat dalam laci lalu diberi pada kedua-dua kembar ini memandangkan mereka mula meragam.Dapat sahaja coklat dekat tangan,diam terus Marsha dan Muhkriz."Saya dah tengok gambar isteri Encik Naufal melalui Instagram.Cantik."Dr.Zaidi melihat wajah Naufal yang bermuka keruh itu.Dia tahu lelaki itu menyimpan perasaan cemburunya kerana ada lelaki lain memuji kecantikkan Wina.Dr.Zaidi memandang pula ke arah Mukhriz."Kalau teliti muka anak lelaki ini,memang seiras wajah ibunya.Jadi memang taklah menampakkan dia ni sebagai anak kamu.Mungkin anak lelaki ini akan mewarisi perangai kamu."Bola mata Dr.Zaidi memandang pula ke arah Marsha."Cuba kamu lihat wajah anak perempuan ini."Arah Dr.Zaidi sambil matanya tidak berkelip memandang wajah anak perempuan ini.
YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mystery / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-