Harta

3K 80 15
                                    

Semenjak perjumpaan Naufal bersama sahabatnya Se Hyun,kata-kata lelaki itu masih segar dalam ingatan.

Bila dia teringat perihal tiga hari lepas,teringat pula Naufal kisahnya yang mendera Wina.Ada kalanya dia membiarkan sahaja Wina tanggung seorang diri hamilkan kedua-dua kembar ini.Bukan anak dia?Untuk apa pula Naufal hendak bersusah payah?

Dia melihat wajah Marsha.Memang seirasnya semasa kecil.Dia merasakan kedua-dua kembar itu bukan anaknya.Tetapi bila melihat wajah Marsha sedalam-dalamnya,memang irasnya.Dia ragu-ragu.Sama ada hendak mempercayai teori Se Hyun atau membiarkan sahaja persoalan dalam mindanya menjadi teka-teki.Membiarkan sahaja prasangkanya pada Wina makin berlarutan.

Semenjak tiga tahun yang lalu jugalah Naufal lihat perubahan Wina.Dia marahkan Wina kerana berlaku curang tetapi dia tetap perhatikan gerak-geri isteri pertamanya itu tanpa pengetahuan Julia sendiri.Memang benar kata Se Hyun.Wina makin rosak.Dia mula menceburi bidang yang boleh mengheret Naufal sebagai suami ke neraka.Alasan kerana Naufal gantung Wina tidak bertali.Tidak adil bagi wanita itu dan justeru dia memilih jalan salah agar Naufal Membiarkan Wina bebas.

Dari pakaian sehinggalah ke perangai Wina.Makin teruk.Tetapi Naufal tidak peduli kerana sama sekali dia tidak akan menceraikan Wina.Biarlah Wina hidup dalam dunia noda dan dosanya sendiri.

Julia melabuhkan punggung di hadapan Naufal.Sedulang air teh panas mula di letak ke atas meja.

"Abang?" Panggil Julia Dengan lembut.Sehingga mematikan lamunan Si Suami.

Naufal memandang Julia.Mata bundarnya membulat sedikit mungkin kerana terkejut."Ye,Sayang?"Naufal mengangkat kening.

Julia mengukir senyuman sedikit."Menung panjang nampak?Ada apa-apa ke?"Soal Julia.Sebenarnya dia tidak ingin tahu pun apa yang Naufal fikirkan sekarang tetapi ya dia isterikan?Nanti apa pula Naufal berkatakan?

Naufal sekadar mengukir senyuman kelat.

'Kalau boleh apa benda kau fikir fasal Wina atau budak-budak tu,jangan bercerita dekat siapa-siapa.Especially Si Julia.'

'Kenapa aku tak boleh bercerita pulak?Julia ada hak untuk tahu apa yang aku sedang fikirkan sekarang.Aku tak nak Julia berasa yang dia tu tak ada function jadi bini.Dan aku tak nak dia bersedih sebab sampai sekarang dia masih bersalah sebab rampas aku dari Wina.Sedangkan aku yang nak kahwin dengan Julia.'

'Itulah kau,bodoh!Percaya sangat dekat perempuan tu.Dahlah,dah tak guna aku cakap.Karang tak pepasal kita bertumbuk pula.Senang macam ni,kau anggap aja benda ni rahsia kau dan aku.Julia tak boleh tahu hal ni.Okay?Ingat janji aku ni!'

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now