Sungai Sekitar Semanggol.
"Kau ni kalau nak ajak berbual pun datang ajalah rumah aku.Ini tidak,boleh pulak ajak aku pergi tempat memancing?Bosan tahu tak?"
"Kalau aku ajak kau pergi masjid karang terbakar pulak engkau ni."
"Biadap ayat tu.Hahahaha!"
"Ala,lagi pun aku dah lama tak jumpa kau semenjak kahwin ni.Hari-hari menghadap orang rumah aku pun naik jemu sebenarnya.Ni aku adalah bawak bekalan sikit untuk kau.Sambil bersembang,kita perkena dulu air ketum ni.Kau suka bukan air ketum ni,huh?"Ujar Khun sambil menuang sebotol air Coca Cola dicampurkan dengan air ketum dan beberapa sudu ubat batuk.Naik high katanya.Kemudiannya dia menghidang secawan ketum kepada aku bersama pisang goreng dan kuih-muih yang dibeli sebentar tadi.Mereka berada di sebuah pondok kecil khas untuk orang nak memancing.Nak minum ketum boleh,tak ada masalah.Syarat dia jangan berzina,jangan menghisap dadah.Memang berkicaplah engkau kalau polis lalu kejap lagi.
Lokman tersenyum sumbing.Sudah beberapa tahun dia dan Julia tidak bersua muka dengan Khun semenjak Khun mendirikan rumah tangga dan menetap di Batu Kurau atas faktor kerja.Rindu dekat sahabatnya ini.
"Nah,rokok!" Khun menyuakan rokok ke arah Lokman sebelum memulakan topik bicara.
Lelaki.Kalau tak ada rokok sebatang dekat tangan,tak lengkap rasanya cerita nanti.
Lokman mula menyucuh rokok sebelum memulakan bicara."Wei,apahal doh kau ajak aku pergi sini?Setahu aku,kau ni jenis kepala angin.Memancing ni bukan hobi engkau.Cubalah cerita sikit apa tujuan kau ajak aku sampai ke Semanggol ni?Kau gaduh dengan orang rumah kau ke?"
Khun hanya ketawa kecil."Orang rumah aku tu solat lima waktu,mana berani nak melawan aku."Khun meneguk air Coca Cola Ketum itu dengan sedikit rakus sebelum memulakan rancangannya."Aku dah jumpa Megat Rayqal."
"Anak Arwah Megat Izzudin tu?Mana kau jumpa budak tu,wei?Kau kenal ke muka dia?"
Khun berdecit sedikit."Kalau aku tak jumpa dia,buat apa aku bagitau engkau.Aku ada bukti kalau kau tak percaya!Kejap!"Sepantas kilat Khun mengambil telefon dalam bag sandangnya lalu mula membuka album telefonnya.Selepas dia mencari tahu mengenai Megat Rayqal di internet,terus Khun screenshots gambar berserta profil musuhnya itu.

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mystery / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-