New Life II

1.8K 64 12
                                    

Dua hari dia berada dalam kelompok B40.Kelompok yang bagi Megat hidup paling sadis.Duit kerajaan tanggung bagi kelompok ini untuk menyara hidup.Tak payah kerja pun kerajaan boleh bagi.Golongan B40 bangsa paling pemalas dan tidak mahu berusaha mencari wang sendiri.

Tapi bila dia berada dalam golongan PEMALAS,barulah dia faham istilah B40.Tidak mampu menyara diri sendiri,sara hidup tinggi sehingga mencari alternatif lain seperti meminta bantuan kerajaan dan sebagainya.Megat mula memahami situasi golongan B40 yang selalu dia hinakan itu.

Tapi sayang!

Golongan B40 masih ada duit walaupun serdak sedangkan Megat pula terkial-kial mahu mencari duit sendiri memandangkan dia menjadi buruan polis.Kalau dia minta bantuan kerajaan ibarat macam dia gali kubur sendiri.

Sudahnya dia matikan diri dalam rumah.Dia hendak memikirkan macam mana cara dia hendak mendapatkan wang.Kalau cari cara halal,ada ke orang nak ambil bangsat macam dia bekerja?Silap hari bulan ke penjaralah jawabnya.Cara haram?Dia memikirkan apa cara haram dia mahu buat.Banyak idea kalau hal kerja haram ni.

"Aku nak buat apa lagi ni,huh?"Megat Rayqal mengeluh kasar dan mula menyerabutkan rambutnya.Kelemumur mula bertebaran di udara tanda Megat tidak mencuci rambutnya selama dua hari.Bukan dia malas mahu mencuci rambut tetapi shampoo yang dia pakai tidak bersesuai dengan kulit kepalanya.Selalu dia pakai shampoo mahal punya.

Eleh,mengada betul kau ni!

"Jadi gigolo?Jadi pondan?"Habis dia fikir,terus Megat menggelengkan kepala dengan kadar sedikit laju.Wajahnya berubah riak geli.Rasa mahu muntah hijau sahaja bila fikirkan aktiviti yang berlegar dalam fikirannya itu.Dia berdecit sedikit."Dahlah aku bunuh orang.Lepas tu pulak ada hati nak jadi gigolo?Jadi pondan?Jangan buat malu kaum,Megat!Tak pepasal orang gelak dekat kau macam tu aja.Haish,fikirlah idea yang berkembang sikit!"

Dia kerahkan otaknya untuk mencari pekerjaan yang senang memperolehi wang yang lumayan.Dia juga mahu keluar dari kawasan perkampungan ini.Rimas dengan suasana tempat yang tak ubah seperti menetap di Hutan Amazon.Rimas juga dia dengan perangai jiran-jirannya yang suka menyibuk dan kaki membawang itu!Pulak tu pasangan bangang boleh buat projek pula depan rumah usang Megat.Bodoh macam tak ada tempat lain aja nak 'buang hajat' tu.Oh,ya!Rumah usang Megat sewakan tu ada pondok.Jadi bolehlah pasangan bangang nak buat kerja haram dekat situ pada malam hari.Tak ada sesiapa nak kacau.Tapi tak jamin juga.Buatnya ular lalu situ patuk punggung pasangan tu,naya Pak Karim nanti!

Megat mula duduk usai lenguh belakangnya hendak baring."Merompak?"Megat fikir lagi cara-cara hendak merompak rumah orang.Bila rasa dirinya bodoh,terus Megat menggeleng lagi.Kali ini kadar perlahan."Aku reti ke nak lawan orang?Dengan Mia Sundal tu pun aku boleh kalah.Inikan nak rompak rumah orang?Lagilah aku malu,sial!"Megat menekup wajahnya pula.Mula rasa menyesal kerana tidak belajar seni pertahankan diri masa dulu.Dia ingat semua perempuan lemah,tak pandai bergaduh,Megat silap.Perempuan sekarang lagi jaguh bab lawan.Kalau tak sebab ada dua kuli dia rasanya dah lama Megat kena 'kenduri' dengan Mia sampai tak tinggal langsung rupa wajahnya.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now