Jumpa

3.6K 94 13
                                    

Lake View.

Julia hanya duduk di sofa.Wajah takutnya tidak hilang selepas kejadian ngeri berlaku padanya.

Mia dan beberapa anggota polis tadi mula mengunjungi Julia berserta suaminya ke rumah ini.Tidak sudi sebenarnya dia hendak ke rumah syaitan ini tetapi terpaksalah jumpa kerana prosedur kerja.

Gadis itu mula melabuhkan punggungnya di hadapan Julia dan Naufal.Wajahnya dingin menandakan meluat melihat pasangan ini.Manakala pegawai yang lain mula menyiasat beberapa barang bukti yang boleh mendakwa seseorang atas tuduhan membunuh.

Mia berdecit sedikit.Tangannya mula membuka buku catatan kecilnya."Macam mana kau boleh jumpa mayat tu?"Soal Mia berbasa basi.Nadanya pula mendatar.

"Alamak kau ni!Sah-sahlah..."

"Pukul betapa kau jumpa mayat tu?Kau ada nampak individu yang hantar mayat ni dekat engkau?"Soal Mia memintas percakapan Naufal yang cuba menganggu kerjanya.

Julia menggetap bibir.Dia memandang wajah Mia agak lama."Dalam pukul tujuh nak dekat pukul lapan macam tu la.Individu tu aku tak pasti siapa."

"Kau ada musuh?"

"Setakat ni adik Cik Mia ajalah musuh saya!" Jawab Julia dengan laju.Sengaja hendak menyakitkan hati Mia.

Mia hanya mengukir senyuman."Yakin ke?"Soal Mia sarkatik.Sengaja dia hendak provok Si Julia ni.Dia dan Wina sahaja mengenali perangai sebenar Julia Safira ini.Hanya Naufal sahaja buta masih lagi tidak nampak segala kejahatan Julia Safira.

Naufal berdecit geram.Walaupun Mia adalah anggota polis tetapi lelaki itu tetap tidak selesa bila disoal begitu.Tambahan pula Julia mengandung jadi Naufal tidak mahu isterinya stress.

"Tak payah banyak soallah,Mia.Bini aku mengandung tu..."

"Masalah sekarang aku tengah siasat bini kau.Pergi mamposlah kalau dia tu mengandung ka,nak mampos ka,sekarang ni aku tengah buat kerja aku.Kalau kau rasa tak nak tidur dalam lokap,better shut the fxxx up!" Ujar Mia dengan tegas tetapi dia sedang perlahankan suaranya.Tidak mahu pegawai lain melihat ketidakprofesional Mia dalam menjalankan tugas.Masak dia nanti!

Naufal mengunci mulut.Dengar perkataan 'lokap' terus sahaja dia terdiam seribu bahasa.

Mia menghela nafas."Sebab pembunuh tu ada bagi nota yang dia akan tuntut keadilan atas kematian ayah dia.Boleh Puan Julia jelaskan siapa individu itu?Adakah Puan Julia masih hendak menuduh Puan Darwina sebagai suspek?Jika ya,saya akan berkas Puan Darwina dan jika juga Puan Darwina di dapati tidak bersalah dalam hal ini,Puan Julia akan dapat surat saman malu daripada pihak Puan Darwina.Saya tak jamin berapa juta Puan Darwina boleh saman Puan Julia sebab Puan Julia telah mencemarkan imej dia sebagai public figure."Mia Dahlia ketawa kecil."Mampu ke nak bayar duit saman tu sedangkan SPM pun straight G lepas tu menumpang harta orang.Eh,kalau tak ada mamat bodoh ni kutip engkau aku rasa seumur hidup kau ajalah kikis harta Bangla Nepal semua tu."Sambung Mia lagi.Puas hatinya menyindir kedua-dua pasangan suami isteri ini.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now