Sakit Hati

2.2K 69 24
                                    

Hospital Taiping.

Wina menangis semahunya dalam pelukan Naufal saat mendengar khabar berita dari pihak hospital.Mia dijumpai dalam bagasi bersama kepala Safar Nur Damia yang sudah menghitam.

Naufal membawa isterinya ke kerusi berdekatan dengan wad.Bahu Wina dielus lembut bagi menyalurkan semangat untuk gadis itu.Mokhtar pula sudah pengsan dan di bawa ke wad zon kuning.Izwani pula menuju ke arah Wina.Tangan adik iparnya digenggam erat.

Muaz memandang tajam ke arah jasad adiknya yang terlantar di katil hospital.Sayu hati Si Abang melihat keadaan Mia itu.Berselirat dengan wayar.Muka dan tubuhnya lebam dek dipukul.

Kata-kata doktor masih terngiang-ngiang dalam otaknya.'Encik Muaz.Saya harap kamu tabah.Sebenarnya adik kamu ni 50/50 sahaja akan hidup.Kemungkinan besar kejutan elektrik boleh memberi kesan pada otak Cik Mia.Kalau dia sedar sekali pun,dia tidak akan jadi macam manusia yang lain.Mungkin juga Cik Mia akan lumpuh buat selama-lamanya.'Dr.Jun Wei memberi keterangan lanjut.Wajahnya juga keruh.'Satu lagi...'Jeda Dr.Jun Wei dengan wajah merahnya lagi.'Nasib baik ada orang jumpa Mia awal-awal.Kalau tidak mungkin kesan pil beracun tu akan membunuh Cik Mia.'

Muaz menggetap bibir.Bergenang air mata mengingatkan kembali kata-kata Dr.Jun Wei.Hatinya panas mendidih.Dia mahu mencari pelaku itu dan mengheret ke kandang mahkamah.

Kebetulan pula Julia lalu kawasan wad ICU Mia.Ada nurse menolak wanita itu untuk rawatan lanjut.Dia tergamam ada keluarga musuhnya di situ.Tajam matanya melihat Naufal dan Wina masih berpelukan.Sakit matanya melihat kebahagiaan mereka berdua itu."Kecil betul dunia ni,kan?"Julia ketawa kecil.Dia mengarahkan nurse itu berhenti menolaknya.Kononnya hendak bertanyakan khabar dengan bekas madunya.

Wina menjeling tajam.

"Ah,aku dengar cerita kakak kesayangan kau tu kena tahan wad ICU ya?" Julia ketawa lagi.Dalam kesempatan macam ini perlu diambil.Bukan selalu hendak sakitkan hati Wina sekeluarga ini."Kesian kakak engkau tu.Dia ingat kalau dia pakai macam jantan ni orang takut dengan dia kot.Hahaha!Eh,aku cuma nak cakap padan dengan muka korang.Berlagak sangat dengan aku.Sekarang terlantarlah tomboy tu dekat hospital. "

Wina menghela nafas berat."Kalau kau dah habis bercakap,tolong berambus!"Naufal memandang wajah nurse yang membawa Julia tadi."Kau tolong bawakkan sundal ni sebelum aku hentak dia."Arah Naufal dengan tegas.Wajahnya berkerut menandakan dia tidak selesa dengan kehadiran Julia.Kehadiran wanita ini menambah luka di hati Wina dan keluarganya.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now