Sehari Kemudian.
Perkuburan Islam Taiping,Perak.Julia menangis semahunya saat melihat kubur anaknya yang baru sahaja dikebumikan.Luluh hati seorang ibu saat anak yang dikandungnya selama sembilan bulan sepuluh hari akhirnya menghembuskan nafas terakhir dengan keadaan menyayat hati.Lagi sakit bila anaknya pergi tanpa sempat pantangnya hendak habis.Pasir kubur milik Zara Amani digenggam kuat.
Hanya dia seorang sahaja berada di situ.Tiada sesiapa yang mahu menjengkuk kubur anaknya.Bahkan keluarganya sendiri tidak sudi mengunjungi hari kematian cucu sendiri.Megat Rayqal pula ke tempat kerja.
"Julia?"
Julia tidak endahkan suara itu.Dia masih meraung kuat tanpa pedulikan suara itu.Dia tiada mood hendak bermain sekarang ini.
Wina menggetap bibir.Di sisinya ada Naufal.Ikutkan hati memang Naufal tak bagi Wina tunjukkan diri di hadapan Julia.Takut terjadi apa-apa.Bukan boleh kira Si Julia ini.Gila!
"Takziah atas kematian anak kau.A..Aku simpati."Ujar Wina dengan suara kendur.Dia bencikan Julia tetapi mengenangkan anak kecil itu mati dalam keadaan yang tidak sepatutnya,Wina terpaksa turunkan ego.
Julia tersenyum sinis.Sepantas kilat dia menyeka air matanya.Selepas itu dia berdehem sinis.Seolah-olah hendak menganjing Wina."Kau simpati?Aku tak salah dengar ke,Wina?"Soal Julia sarkatik.Walaupun lututnya lemah tetapi dia kena kuat bangkit dari tanah yang sedikit lembap.Mungkin hujan pada malam tadi.Dia mula menghadap Wina dan Naufal.
"Kau bukan suka ke tengok aku macam ni?Menderita!Merana!Hilang anak!Jangan nak acah-acah simpatilah!Meluat!"Tempik Julia sebelum menolak kasar tubuh Wina.Hampir sahaja gadis ini hendak jatuh ke tanah.Sempat juga Naufal menyambut Wina.
Jantung Wina berdegup kencang saat melihat Julia marah.Bukan kali pertama dia melihat wajah Julia macam ini.Kadang-kala Wina samakan wajah Julia dalam keadaan marah dengan babi hutan.Tapi kali ini tiada acara main-main lagi.Dia tahu rasanya hilang anak.Dia tahu betapa sakitnya saat anak yang dikandung selama sembilan bulan lebih sudah meninggal dunia di usia yang terlalu muda.
Naufal menarik kasar tangan Wina supaya berada di belakangnya."Wei,kau gila ke apa buat bini aku macam tu!Bini aku ni datang dengan cara baik.Kau dah kenapa,perempuan?!!"Naufal pula menjerkah Julia dengan seoktaf suara.Sudah jelak dia dengan perangai Julia.
Julia memandang tajam ke arah Wina dan Naufal.Air matanya kembali mengalir."Aku tak perlukan simpati dari korang berdua,korang tak payah susah-susah datang sini!Nah,sekarang korang berdua boleh berambus!"Wanita itu menunding jarinya ke arah pintu keluar kawasan kubur.Tubuhnya menggeletar menahan segala rasa.Antara marah,sedih dan hiba.Menjadi satu rasa.
Melihat kedua-dua pasangan ini tidak beredar,terus dia menolak tubuh tinggi milik Naufal."AKU CAKAP BERAMBUSLAH,SIAL!!"

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mystery / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-