Love

1.5K 58 8
                                    

Mia mula menyuap makanan ke dalam mulut Naufal.Bubur MacDonald aja!

Walaupun dia sudah tahu memasak sedikit tetapi dia tidak bersedia lagi jika Naufal mati kali kedua gara-gara merasai masakannya.

"Kau tu makan banyak sikit.Badan makin kurus.Dah rupa penagih dadah aku tengok.Kenapa kau tak makan,huh?"Soal Mia sambil menyuap Naufal.Wajah tampan lelaki ini ditatap.

Bertahun-tahun dia menghadap lelaki ini,perkataan jemu langsung tiada dalam diri.Cintanya makin kemuncak walaupun lelaki itu rasmi menjadi suami kepada adiknya.Mia percaya hubungan yang tidak berlandaskan cinta ini tidak kekal lama.Ianya sementara.

Dan nah!

Naufal rasmi ceraikan Wina dengan talak tiga.Dan peluang untuk dia memikat Naufal makin luas.

"Sebab aku rindukan kau,Mia."

"Pigidah!"

"Lah,orang tengah serius kau boleh gelak pula.Aku betul-betul cintakan kau ni,Mia.Bila aku dengar kau meninggal,hari aku jadi suram.Hari-hari aku meratap pemergian kau.Aku dah jadi obsesi dengan kau,Mia.Tapi rupanya aku kena prank,anjir!"

Mia mencebik tidak suka."Eii,kan aku dah cakap semua ni bersebab.Kau fikir aku saja-saja ke nak prank satu dunia yang aku dah mati,giler?"

"Tapi at least bagitahulah aku dulu yang semua ni prank."

"Kalau aku bagitahu,benda jadi tak surprise la.Nanti orang tahulah yang aku ni hidup lagi.Dan mungkin juga kau tak nampak perangai sebenar Wina memandangkan kau cinta mati gila dengan dia."Jawab Mia bernada perlahan.

Terkebil-kebil mata Naufal menatap wajah Mia yang berubah keruh itu.Tampak jelas wajah kekecewaan terpancar dalam diri gadis itu.

Pipi Mia dilanguk supaya wajah mereka saling bertatapan.Ibu jari Naufal nakal bermain kawasan bibir Mia yang tidak pernah dicium mana-mana lelakinya lain tetapi dicium olehnya sendiri.

"Dulu memang Wina cinta mati aku.Tapi sekarang cinta sejati aku cumalah kau."

"Serius ke ni?Ke kau cuma jadikan aku dahan untuk kau berpaut?"Soal Mia dengan ragu.

Masakan Naufal menyintai dirinya sekelip mata sahaja.Risau juga jika lelaki itu sekadar menyukai dirinya hanya kerana kecewa dengan Wina.

Naufal mengukir senyuman lebar."Tak.Aku tak pernah terfikir nak buat kau macam tu.Cinta kau terlalu suci,Mia.Bertahun-tahun kau pendam rasa cinta kau ni pada aku.Bertahun tu juga aku ada perasaan yang sama pada kau.Tapi itulah.Aku dah jadi suami adik kau.Jadi aku pendamkan aja perasaan aku ni.Tapi sekarang kita boleh bersatu kembali.Aku tak janji akan bahagiakan kau sebab dah dua kali aku bercerai.Tapi kau jangan risau.Aku pasti akan bahagiakan kau,Mia."

Mia sekadar tersenyum malu.

Kulit putih kuningnya kemerahan kerana malu tetapi dia sangat gembira kerana Naufal membalas cintanya.Bertahun dia menunggu cinta lelaki itu sehingga menolak mana-mana cinta lelaki.

Ammar yang kononnya mahu menikahi dirinya telah bernikah dengan wanita pilihan keluarganya setelah beberapa hari kematiannya.

"Habis semuanya selesai,aku nak melamar kau.Aku tak nak lelaki lain pandang kau,Mia.Kau milik aku sorang aja."

Mia menatap sahaja wajah Naufal sebelum mengukir senyuman makin lebar.

"Tapi habis aku makan ni,kau kena story dekat aku apa terjadi pada kau,pada Marsha masa tu.Kau hutang satu cerita dengan aku,Mia Dahlia."

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now