Hutan Sekitar Grik.
Haider mula memeriksa seluruh tubuh mayat seorang yang bernama Rohana.Dia dihubungi oleh salah seorang pekebun kecil di Grik yang mengatakan mereka menemui mayat Rohana yang sudah dibunuh beberapa jam yang lalu.
Mayat Rohana rentung.Isi perutnya terburai dek ditikam bertubi-tubi,matanya sedikit terbuka,kepalanya basah dengan darah dan ada lubang besar pada sekitar kepala arwah Rohana yang berkemungkinan besar dipukul dengan objek tumpul dan keras.
Mata bundar Haider memandang ke arah tangan Rohana yang mengenggam erat sesuatu.Tangannya yang memakai sarung tangan getah mula mengambil dompet yang mungkin juga milik pembunuh Rohana.Dengan berhati-hati Haider mengambil dompet itu.Khuatir kalau tiba-tiba tangan Rohana boleh terputus pulak.Usai mengambil dompet itu,terus Haider menyelak dompet berjenama itu.Satu per satu dokumen kecil ditilik.
Haider berderam kecil."Megat Rayqal again?"Selepas itu dia berdecit geram.Baginya Megat Rayqal sudah melampau!
"Tuan..."
"Putra,kau bawak mayat ni ke hospital.Check DNA,buat ujian forensik sekali.Mayat rentung ni jadi susah kita nak tahu siapa perempuan malang ni.Kalau ada keluarga mangsa tuntut mayat,suruh keluarga dia buat ujian DNA."Putra hanya mengangguk faham sambil berdehem.Dia menulis sedikit kata-kata Haider.Putra ni nama aja polis tapi pelupa.Lepas dua jam mesti dia lupa apa yang orang lain cakap.
"Lagi satu,suruh orang-orang kita bagi waran tangkap dekat Daud dengan Salim.Tiba masanya kita berkas kaki rasuah ni.Faham?"
"Faham,Tuan!"
Rumah Daud.
"Maaf,Tuan Daud!Anda diberkas atas kesalahan bersubahat dengan pembunuh dan akta rasuah."
"Eh,atas arahan siapa ni?!"
"Tuan Haider!Bawak lelaki ni ke balai polis!"
"Baik!"Kedua-dua polis lelaki mula menggari Daud dan membawanya masuk ke dalam perut kereta polis.Wajah Daud cuak.Kakinya lembik kerana tidak mampu berdiri.Hendak menyesal pun tidak berguna.Kerana rasuah,dia sanggup menjadi pembelot.Kerana rasuah jugalah dia bakal kehilangan kerja.Sudah tentu keluarganya dikampung kecewa dengan sikapnya yang terlalu kerjakan harta dunia.

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mystery / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-