"Hai,Vicku!Sorry i'm late.Baru lepas balik dari kilang tadi."Shahrul Iqbal tanpa segan silu memeluk wanita India dari belakang tanpa menoleh kiri kanan.Dia tidak mempedulikan pandangan jijik dan loya melihat adegan yang kononnya romantic itu.
Sempat juga dia mencium pipi berjeragat milik Vikneswary sebelum memgambil tenpat duduk di hadapan wanita India ini.
Ah,jeragat pun jeragatlah!Janji dalam akaun lima puluh ribu ringgit dan ke atas!Ada rupa tapi sengkek nak buat apa?
Vikneswary memuncung mulut tanda merajuk."U lambat setengah jam!"Wajah merajuknya hilang diganti pula dengan senyuman lebar."Tapi I terima alasan U.Yela,kalau dah kerja kilang mesti kena OT punya.Betul tak?"
Shahrul Iqbal mengiyakan sahaja kata-kata Vikneswary.Bibir lelaki itu tidak lekang mengukir senyuman.
"U nak makan apa?Hari ni I belanja U.After that kita jalan-jalan area Taiping.U nak shopping apa pun I belanjakan."
Shahrul Iqbal menggaru leher belakangnya sambil mengukir senyuman kekok.Hendak melakonkan satu watak,kena bijak.Jangan gelojoh.Kalau gelojoh,duit tak dapat tapi dapat makan bubur dalam penjara!
"Sepatutnya I belanja U.Seganlah I jadi laki..."
"Nope!Tak ada istilahnya siapa belanja siapa.I sayang U,Iq.Biarlah apa orang nak kata fasal U and I.Hanya I aja yang tahu betapa kuatnya cinta U padamu."Luah Vikneswary dengan penuh perasaan.Semenjak suaminya terlibat dalam dunia politik enam tahun lepas,hubungan Vikneswary dan pasangannya dingin.Tidak seromantik saat dua puluh tujuh tahun mereka mendirikan rumah tangga.Anak perempuannya pula berhijrah ke Eropah bersama suami berbangsa Belanda jadi Vikneswary jadi sunyi.Tiada teman mahu berborak.Suaminya pula sibuk dengan politik sampai biarkan Vikneswary terkapai-kapai sendirian dahagakan kasih sayang.
Hadirnya Shahrul Iqbal dalam hidup,segala-gala telah berubah.Perasaannya beralih tadah dari suami yang menjadi pasangannya selama 27 tahun.Menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang tidak sampai dua minggu berkenalan.
Ungkapan cinta,kasih,sayang dan puji-pujian,membuat hati wanitanya jadi lemah.
Nada yang agak sopan dan romantik membuat Vikneswary tidak tidur malam.
Seiringan dia mahu bersama dengan lelaki bernama Shahrul Iqbal.Jika fasal agama menjadi batu tembok.Akan Vikneswary pecahkan.Demi Shahrul Iqbal wanita itu sanggup masuk Islam asalkan Shahrul Iqbal boleh membimbingnya.Persetankan pada pandangan keluarga-keluarganya.Yang penting,dia harus perjuangkam cinta Shahrul Iqbal yang sebenarnya dusta semata-mata!
Shahrul Iqbal mencapai tangan Vikneswary.Tangan wanita gempal itu ditarik lalu dibawa ke mulutnya.
Kucupan hangat membuat muka dan seluruh tubuh wanita itu membahang.Romantiknya Shahrul Iqbal bukan bishe-bishe bak kata Dato Najib.
Selepas mencium tangan Vikneswary,kemudiannya Shahrul Iqbal mula menggenggam erat tangan wanita itu.
"Terima kasih sebab cinta dan sayangkan I.Cinta U,I amat hargai.Tak ada perempuan yang boleh cintakan I macam mana U cintakan I."Shahrul Iqbal menelan ludahnya sedikit sebelum menyambung ayat-ayat buaya jenama Lacoste."I janji akan hargai cinta U pada I.Cinta I pada U selamanya.Sampailah ke akhir hayat U."

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mistero / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-