Kuala Sepetang,Perak.
Shahrul Iqbal POV.Dua minggu sudah berlalu.
Wajahku sudah kembali sembuh seperti sediakala.Tak perlu kain perca ini membaluti wajahku lagi.Wajah baru ini bisa bernafas dengan tenang tanpa adanya kain untuk menutupi wajah hasil pembedahan plastik.
Doktor peribadi Si Zack mula membuka balutan pada wajahku.Sajalah aku pejam mata sebab nak surprise!Kalau hodoh,memang aku bunuh doktor yang bedah aku tu.Memang kali ni aku tak memain,erk?
Perlahan-lahan aku membuka mata saat kulit wajahku merasai angin dari penghawa dingin.Sejuk sahaja rasanya!
Cermin pada meja solek aku tatap lama.Wajah neutral ini kemudiannya mengukir senyuman lebar.Walaupun aku suka lagi wajah aku yang dulu tetapi wajah yang ini membuatkan aku berasa sangat-sangatlah berpuas hati.Identiti Shahrul Iqbal yang aku gunakan sekarang ni iras sikit Naim Daniel.Tapi Naim Daniel ni lagi handsome la!
Shahrul Iqbal?
Muka dia tu nak kata handsome pun tidak!
Nak kata hodoh piang pun bukan!
Dia betul-betul budak biasa yang aku selalu jumpa dekat Taman Tasik Taiping.But,it's okay!
Rupa paras bukan ukuran sekarang pada aku.
Cumanya aku berasa lega kerana doktor ini tidak mencacatkan aku.Wajah ini nampak sempurna.Sekurang-kurangnya pembedahan plastik pada wajahku menjadi.
Jangan jadi macam Oli London.Kononnya nak tiru idol kesayangan dia.Sanggup habiskan duit semata-mata nak muka sama macam idol dia tu.Tapi sayang,jauh panggang dari api!Tak comel langsung doh!Comel lagi Sajat!
"Puas hati!"Doktor tak tanya soalan dekat aku pun.Cumanya aku saja komen.Memang aku puas hati dengan wajah sekarang ini.Sedihlah juga sebab aku terpaksa 'buang' identiti aku sebagai Megat Rayqal.Nak buat macam manakan?
Usai selesai membuat pemeriksaan pada seluruh tubuh,terus Doktor lelaki itu beredar.
Aku di sini masih menatap pada cermin meja solek."Peperangan baru sahaja bermula!Siap sedia,perempuan-perempuan sundal dekat luar tu.Jangan ingat korang terlepas!"Selepas itu aku ketawa kecil.Masih lagi menatap wajah ini.Obses pada wajah biasa ini bukan sedikit.
Akan aku gunakan wajah ini sebaik mungkin.Untuk lenyapkan kaum wanita dari muka bumi ini!Kalau kaum korang tak buat hal,mesti sampai sekarang ayah masih hidup.Mungkin juga ibuku masih hidup dan tidak perlulah aku membuang tenaga semata-mata melunaskan dendam aku.Kemungkinan juga aku akan jadi seorang suami dan ayah yang bertaqwa.Sekarang itu semua anganan sahaja.Aku dah jadi pembunuh.Selagi pembunuh arwah ayah tak mampos,selagi itulah aku kekal macam ni!
Aku berdecit sedikit."Tapikan!"Aku berdecit lagi sambil bermain bawah dagu.Mataku memandang ke atas seketika sebelum memandang ke cermin semula.Lagaknya macam memikirkan sesuatu."Aku rasa aku nak ubah plan sikitlah!Tak syok pulak kalau aku melabur dekat diorang.Apa kata kalau perempuan-perempuan bodoh tu pulak labur dekat aku?Tak payah aku pusing modal!Boek idea tu!Boek!"Persis orang gila bila aku monolog sendirian depan cermin.Siap gelak-gelak lagi.Agaknya dekat Tanjung Rambutan tu ada tempat kosong lagi tak?Ada orang gila dekat sini sembang sengsorang!
YOU ARE READING
Psycho Playboy
Детектив / ТриллерHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-