Restoran Sekitar Taiping.
"Sorry,lambat tadi!Aku ada hal kejap dekat rumah Naufal.Sebab tu lambat." Wina ketawa kecil sebelum mula melabuhkan punggungnya di hadapan Mia.
Gadis itu meneguk air."Aku dah terbiasa dengan punctual kau tu.Tak pernahnya nak mari awal macam kita janjikan semalam.Tak apa,aku pun baru mari aja."Wina tersengih lebar saat dia diperli oleh Mia.Cantik sahaja wajah wanita itu.
"Kau order la.Aku belanja hari ni." Mata Mia melilau mencari sesuatu.
Wina mempamerkan wajah beku."Anak-anak bertuah tu ikut atuk dia.Nanti orang tua tu mari sini bawak budak-budak tu."
Mia mencebik bibur sahaja.Acah-acah merajuk kononnya.Wina ketawa sahaja melihat gelagat kakaknya yang seperti budak-budak.Muka sahaja ganas.Tetapi perangai macam budak-budak.
"Baru nak cium Mukhriz."
"Kahwinlah,Angah oiii!Best tau ada anak ni.Letih kita hilang woo tengok budak-budak tu."
"Banyaklah kau!"
"Eh,ni bukan Kak Wina yang pelakon tu ke?Ala,drama filem Aku Terkahwin Dengan Beruk.Serius saya minat Kak Wina berlakon drama tu."
Mia ketawa menggigil sahaja.Tajuk drama yang Wina berlakon membuatnya geli hati.
Wina mengukir senyuman kelat.Dia memandang ke arah tiga peminatnya yang berbangsa Cina."Terima kasih."
"Boleh kami selfie dengan Kak Mia."
"Okay!"
Mia hanya meneguk minuman sahaja sambil melihat adiknya berselfie beberapa gambar bersama tiga peminatnya.
Dia mengerut kening saat seseorang memberinya bunga berwarna merah.Mia mendongak ke atas saat melihat wajah lelaki tampan yang mula mengukir senyuman kepadanya.Kacak.Tetapi entah mengapa Mia tidak terpikat melihat wajah itu.
Selamba sahaja Megat Rayqal melabuhkan punggung di sebelah Mia tanpa mempedulikan pandangan keruh Wina terhadapnya.
Tiga pemuda Cina ini sudah beredar selesai sahaja mereka puas selfie dan meminta tanda tangan Wina sebagai tanda kenangan.
"Kau stalker aku ke apa ni?" Soal Mia dengan pelik.Tiada lagi perkataan lembut awak dan saya.Berganti pula kau dan aku.Aneh juga dia melihat lelaki ini.Dua kali dia berjumpa dan dua kali kali juga lelaki itu memberinya bunga.
Megat mengukir senyuman makin lebar."Stalker?No.Saya kebetulan aja jumpa awak dekat sini dan teruslah saya beli bunga area bangunan ni.Sorry kalau awak tak selesa."Hendak atau tidak Mia terpaksa mengambil bunga itu dari tangan Megat tetapi Wina terlebih dahulu merampas bunga dari tangan Mia."Nah,Cik M...!"
YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mystery / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-