Nota

1.6K 56 13
                                    

Wina POV.

Usia tiga minggu pemergian Mia Dahlia dalam hidup aku.Segala-galanya telah berubah seperti yang aku mahukan.

Perhatian dari keluarga kini tertumpu ke arah aku.Yela,aku baru lepas kehilangan Marsha.Masa itu pula aku hamilkan anak haram ini,jadi memang dapatlah perhatian dari keluargaku sendiri.Tidak perlu aku makan hati lagi sebab bertahan selama bertahun lamanya untuk menunggu kematian kakakku sendiri.

Perhatian Abah selama ini pada Mia,seratus peratus tertumpu ke arah aku.Makan,minum,kesihatan anak dalam kandungan dan aku serta benda lain Abah penuhi walaupun aku sudah mempunyai suami.Tapi semua tu tak pernah cukup pada aku.

Aku mahukan lebih!

Naufal juga sepertinya tidak lagi menghubungi Mimi Nana yang tidak berguna itu.Mimi Nana a.k.a Mia Dahlia sudah mampus ke alam lain.Tak mungkin perempuan itu akan menghubungi dirinya dalam kuburkan?Hahaha!

Tumpuan dia pada aku juga dipenuhi.Tidak pernah berkurangan.Malah makin bertambah rasa kasih sayang Naufal pada aku.Tapi rugi juga aku bunuh Mia awal-awal.Sebab kalau betina tu tengok cara Naufal layan aku,mesti dia sakit hati!Mesti muka Mia macam babi masa tu,en?

Nah,tetapi tidak mengapa!Asalkan aku dihargai sudah cukup memadai.

Tapi ada benda lagi berkurangan dalam hidup aku.Seakan macam tidak lengkap.Bukan fasal Eiz,anak tak guna yang masih meratap nama Mia berhari-hari sampai aku naik jelak!Bukan juga pada Si Abang Sulung yang makin dingin dengan aku makin hari ke hari.Bukan fasal mereka berdua!Aku tidak memerlukan mereka ini!

Aku hanya perlukan kasih sayang Abah dan Tristan.

Sehingga ke hari ini lelaki itu masih tidak melayani aku.Aneh kaki keranjang macam Tristan ini tidak memandang wanita cantik sepertiku.

Apa kurangnya aku?

Cantik?
Aku antara enam wanita paling tercantik di dunia.Bahkan artis luar negara terlalu kagum dengan kecantikan aku sehingga ada yang sanggup membuat pembedahan plastik untuk semirip dengan wajahku.

Gemuk?
Nooo!
Aku cukup menjaga permakanan dan diet yang seimbang.
Kehamilan juga tidak menghalangi aku dari diet.Mungkin bayi ini masih lagi terlalu kecil jadi badan aku kekal dengan berat 44kg dan ketinggian 1.68cm!

Pandai masak?
Apa masakan yang kau mahukan?Aku boleh memasak.Pelbagai juadah aku boleh hidangkan letak atas meja korang!

Aku cuma tak faham kenapa sampai sekarang Tristan masih tak nampak lagi kesempurnaan yang ada pada aku?

Kenapa Mia Dahlia yang tomboy,hodoh,bodoh tak tahu masak,pemalas dan kurang ajar itu juga dia pandang?

Yang paling jijik tu,
Kanina Boo!
Tristan boleh bercinta dengan perempuan belen tepi jalan,kaki club dan ish!!Perempuan kotor!

Aku tak faham perempuan jenis apa yang Tristan mahukan?!Sudah lama aku dambakan lelaki ini namun macam tu jugaklah dia!Masih tidak memandang aku!

Sekarang aku berada di sebuah hospital swasta untuk membuat pemeriksaan kandungan ini.Kalau mati budak ni,senang kerja aku!Tak payah susah-susah datang hospital untuk minta digugurkan anak haram ini!Tapi sayang budak itu masih hidup dan terpaksa aku menjaga bayi ini demi kepentingan aku sendiri.

Tapi sekejap aja aku jaga budak ni!

Lepas lahir,aku juallah budak ni dekat mana-mana orang kaya!Untung-untung aku boleh simpan duit untuk buat cerai khuluk dekat Naufal!

Mia Dahlia dah mampus,kan?

Buat apa simpan lelaki ini lagi?

Kalau aku simpan lagi budak ni sampai dia besar,kemungkinan aku bakal mati kena kerat dengan Abah adalah besar.Kalau budak tu ikut muka aku,okaylah!Selamatlah aku!Kalau dia ikut muka Lokman,haa!Siap!Meninggallah aku jawabnya!

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now