Terjatuh sudu dan garfu apabila melihat jari dalam pinggannya.
Mukanya pucat menahan takut.
Ini bukanlah bentuk sosej.Bukan juga jejari ayam tetapi jari manusia sekali pakej dengan kuku jari.
Tubuhnya menggeletar ketakutan.
'YA ALLAH!!'
Hanya kalimah Allah sahaja dia mampu ungkapkan.
Dia yakin jari ini adalah jari manusia asli.
Kepalanya sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan gadis itu memandang persekitaran.
Tiada tanda-tanda kelibat Megat di situ.
Timbul rasa menyesal serta takut menguasai diri kerana kejadian ngeri ini.
Dia menyesal kerana tidak mendengar omongan abangnya dan mengikut kata hati.
Nah,rasakan sekarang.
Haura dalam bahaya kini.Jadi dia harus cari jalan keluar dan laporkan pembunuh ini kepada Haider.
Perlahan-lahan Haura bangun untuk keluar dari rumah ini.
Jantungnya berdegup laju.
Peluh dingin membasahi wajah serta tubuhnya.
Kakinya melangkah ke pintu belakang.
Dia menoleh ke belakang lagi.
Langsung tiada kelibat Megat.
Maknanya dia masih ada peluang cerah untuk melarikan diri dari Megat Rayqal.
Haura menghamburkan segala tangisan ketakutan.Tiada sebarang bunyi.
Tangannya memulas tombol pintu.Tetapi dia gagal membuka tombol pintu itu.
"Haura Latisya!"
Mukanya sudah cuak.Itu suara Megat.Ah,sudah!Mana dia hendak lari ni?
"Nak lari mana tu,sayang? Tak habis lagi makanan tu. Makanlah sikit lagi nasi goreng manusia yang saya buat tu, Haura Latisya"Pinta Megat Rayqal sambil memegang pedang samurai di tangannya.
Senyumannya mula menjadi senyuman ngeri.
Kondo Sekitar Taiping.
"What?!Hannan dah meninggal?Jadi sayalah kena ganti dia?Oh,gosh!" Keluh Wina dengan sedikit kasar.Matanya melihat kelibat anak kembarnya yang lena itu.Puas anak-anaknya bermain,terus sahaja mereka berdua ini tidur.
Hendak sahaja dia mahu tidur,dapat pula Wina berita mengejutkan ini.Kepala Hannan dijumpai di tempat pelupusan sampah sekitar bandar Taiping.Nah,sekarang badan Hannan pula dijumpai sekitar kawasan hutan bersempadan dengan Kedah.
Wina mengeluh kasar sekali lagi."Bila penggambaran tu?Dekat mana?"Soal Wina dengan bernada kendur.Dia cuba meredakan kemarahan pada masa yang sama dia tergamam."Esok?Okay...!Okay..!Saya pergi esok,okay?"Terus Wina mematikan telefon.Dia meletakkan telefon itu di atas katil.Bibirnya mengucap kalimah Allah tanda takziah kepada Hannan.

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mystery / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-