A New Life

1.8K 64 16
                                    

Sekitar Perumahan Kampung Simpang Halt.

Rumah yang kecil.Itulah ruang tamu.Itulah dapur.Itulah tempat hendak tidur.Bilik airnya bercampur dengan tandas cangkung yang sangat kotor dan ah,malaslah nak cerita detail.

Author baru lepas makan ni.Karang muntah balik kot!

Megat syak mesti ada warga asing pernah huni dekat sini sebelum dia.Ah,gasaklah nak kena kemas!Seumur hidupnya dia tidak pernah menetap di tempat kotor seperti ini.

Dua-dua polis 'kesayangannya' sudah ditangkap polis dan mula dikenakan hukuman berat atas kesalahan menerima rasuah dan bersubahat dalam beberapa kes berkait rapat dengan mangsa bunuh Megat Rayqal.Syarikatnya disita oleh pihak polis dan segala saham-sahamnya dirampas oleh beberapa syarikat yang kempunankan saham syarikatnya.

Kini Megat Rayqal sehelai sepinggang.Ketiga-tiga rumahnya juga disita termasuklah yang di Pulau Pinang.

Lelaki itu mengusutkan kepalanya.Dia serabut!Mujurlah dia sempat keluarkan beberapa wang sebelum dibekukan oleh pihak bank dan menyewa rumah tidak ubah seperti kandang anjing!Bayangkan dalam akaunnya cuma ada seribu sahaja.Bayar deposit rumah anjing ini sahaja dah nak dekat enam ratus.Belum sewa lagi.Sewa bulan-bulan tiga ratus ringgit.Padahal rumah ini terlalu kecil untuknya.Anjing pun tak nak duduk sini.

Megat Rayqal mengeluh kasar.Dia memikirkan siapa buat angkara sehingga dia muflis seperti ini.

"Julia?"Selepas itu dia menggelengkan kepala.Dia yakin bukan Julia.Wanita itu tiada bukti kukuh kuat.Lagi pula bukannya Julia tahu yang dia adalah Megat Rayqal.Sekarang ajalah Julia akan tahu memandangkan namanya di jaja seluruh media.

Dia mengingati wajah Haider yang bertanggungjawab mengendalikan kes gadis-gadis yang menjadi mangsanya."Siapa yang kerjasama dengan polis ni?Tak mungkin Mia Dahlia.Tak ada pula orang canang mulut bercakap fasal perempuan tu."Megat Rayqal berdehem panjang sebelum teringat pada seseorang.Barulah dia tahu siapa yang berkait rapat dengan Haider."Kalau bukan Mia,mesti betina sundal Wina tukan?Aku yakin betina tu bukak mulut.Tak ada orang yang tahu perbuatan aku selain Wina.Ish,sialan!"Megat Rayqal mengeluh kasar sebelum menyerabutkan kepalanya.

"Kau ni memang nak mati dengan akulah,Wina!Nanti kau,perempuan sundal!Nanti!!"Megat bertindak membaling bantal lusuh ke dinding.Tidak pernah orang lakukan sedemikian terhadapnya.Dia muflis!

Memang tiada apa yang sisa harta untuknya.Hanya wang berjumlah hampir ke empat ratus ringgit.Nak makan apa dengan empat ratus ringgit tu?Sekarang bolehlah makan.Hari lain?

Megat Rayqal menjerit kuat.Tidak sanggup dia hidup susah macam ni.Megat perlu memikirkan cara untuk dapatkan wang demi meneruskan hidup.Fasal Wina,nanti sahajalah dia fikirkan.Sekarang dia fikirkan dahulu fasal duit.































































Kondo Sekitar Taiping.

Wina memandang seketika anak-anak kembarnya yang duduk diam di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama anak-anak perempuan Muaz memandangkan kebun miliknya hendak di uruskan.Jadi dia tidak bolehlah nak bawak askar kecilnya ini ke tempat kerja.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now