Sebulan Kemudian.
Berapa banyak skip hari daaa!Selama mana dia menyembunyikan perselingkuhannya bersama Megat dan lelaki lain,selama itu juga Naufal tidak mengetahui rahsia kotornya itu.Tetapi jika Naufal tahu sekali pun,tidaklah Julia peduli.Baginya Megat Rayqal jauh lebih kacak dari Naufal dan Megat Rayqal jauh lebih gentleman serta lebih kaya dari suaminya sendiri.
Selama sebulan itu juga Naufal tidak pulang ke rumah.Julia tidak tahu Naufal pergi ke rumah Wina.Berkali-kali wanita itu menghalau Naufal tetapi kerana permintaan anak-anak kembarnya,dia beralah.Terpaksa membenarkan lelaki itu menetap di rumahnya.Maki macam mana pun tetap tak jalan.Sudahnya dia biarkan sahaja Naufal menetap di situ.
Julia berada di rumah Naufal.Hidup macam tuan puteri walhal SPM dia 8G.Lagi hebat dari internet 5G!Muka cantik tetapi suka gadai maruah sebab mahukan wang.Suruh kerja,tidak mahu.Nak hidup atas angin.Kerja kilang katanya bukan level dia.Dia mahu menjadi orang kaya walaupun kelulusan Julia teruk daripada orang lemah matapelajaran.
Naufal tak balik,pergi mampos dia hendak peduli.Senang kerjanya nak angkut jantan bawak balik rumah ni.Boleh cangap-cangap lepas tu dapat duit.
Julia yang sedang menonton televisyen itu merengus geram kerana ada orang menekan loceng berkali-kali di rumah milik Naufal.Bingkas wanita itu bangun lalu menuju ke arah pintu utama.
Pintu dikuak.
Alangkah terkejutnya ada seekor kepala babi berada di halaman rumahnya.
Kau akan mati macam Babi ni suatu hari nanti,Juliaku sayang!
From:Megat Rayqal anak kepada Megat Izzuddin.
Julia menghentak sedikit kuat kakinya.Tangannya yang sudah memegang telefon mula mendail nombor seseorang.
"Kau kena tolong aku!Megat dah melampau,wei!"
"Mana Si Lokman?Kenapa dia tak tolong kau aja?"
"Lokman tu tak boleh diharap.Sekarang kau kena tolong aku hapuskan Megat!Megat dah kurang ajar!Ada ke patut dia bagi kepala Babi dekat aku?Hari tu dia bagi mayat sekarang dia bagi babi dekat ak..."
"Serious aku tak nak ambik port!Kau dengan Lokman urus sendiri masalah tu.Jangan babitkan aku!"

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mystery / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-