Pejabat Polis Taiping.
Mia duduk di kerusi pejabatnya.Tugasnya untuk menyelesaikan kes arwah Hannan,Haura dan terkini kes kehilangan Safar Nur Damia yang hilang sebulan lalu menemui jalan buntu.
Gadis itu buntu kerana sehingga sekarang dia tidak tahu siapa yang membunuh kedua-dua gadis ini.Dia berasa juga kes kehilangan Safar berkait rapat dengan kes pembunuhan kedua-dua gadis ini.
Mia mengurut pelipis dahinya.Mia syak seseorang tetapi dia kena pastikan orang itu adalah pembunuh sebenar atau sekadar suspek.Lagi pun orang itu berpengaruh kuat.Lagi susah hendak dia membabi buta berkas macam itu sahaja.Dia perlu buat sesuatu agar orang itu tidak mengesyaki Mia dalam diam sedang menyiasatnya.
"Menung jauh nampak?"
Mia kembali ke realiti.Dia memandang wajah seseorang yang sudah duduk berhadapannya.
Haider mengukir senyuman manis.Dia dipindahkan dari Pulau Pinang ke Taiping untuk membantu menyelesaikan kes ketiga-tiga gadis malang ini.
Mia mengukir senyuman hambar."Tak ada apalah.Aku cuma penat sikit ja."
Haider memberi satu tin Nescafe Mocha kepada Mia."Minumlah air ni.Memang kau nampak penat sangat.Baliklah rehat,Mia oii!Jangan kerja kuat sangat."
"Aku okay aja,Haider oii!Nampak ni lengan aku." Mia menunjukkan lengannya yang berlapikkan uniform polis.Bibirnya masih mengukir senyuman."Sado tau?"Selepas itu Mia mula ketawa kecil.
Haider menggelengkan kepalanya sahaja.Keras kepala sungguh gadis ini!"Banyaklah kau punya sado.Badan kurus kering macam cicak.Jadahnya sado!Nak tengok lengan aku pula..."
"Oh,tak maulah!Kau punya otot tu macam lelaki jadi model iklan nyamuk.Seram kampret!"
"Okaylah tu jadi model iklan nyamuk..."
"Wei,Haider.Kalau aku buat satu permintaan ni,boleh tak kalau kau ikut aku."
Suasana yang ceria bertukar seram.Sebulan dia menjalinkan hubungan dengan lelaki itu,hatinya jadi tidak enak.Macam-macam fikiran negatif mula melayang dalam otak.
Haider mengerut kening."Kau dah ke...."
"Boleh ke tidak?"
Haider berdecit geram.Mia seperti mendesaknya bersetuju dengan cadangannya itu."Okay aku setuju,Cik Mia."
Terus Mia mengambil beberapa kertas siasatan yang berada dalam lacinya sebelum meletakkan di atas meja.Dia mula mengambil beberapa kertas lalu diberi kepada Haider.
"Aku dengan krew lain mula siasat fasal kes Arwah Hannan,Haura and then kehilangan Safar Nur Damia.Banyak sumber boleh dipercayai yang aku dapat and I got this proof!"

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mystery / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-