"Mama,Eiz tak nak balik boleh tak?Eiz nak duduk dengan Ibu.Eiz nak ikut Ibu."Tangan kecil Eiz mula menarik kecil lengan baju Wina semasa mereka hendak pulang ke rumah.
Mia sudah bersedia untuk ke UAE.Muaz dan Mokhtar juga sudah menyiapkan pakaian untuk bertolak ke sana nanti.Cemburu juga Mukhriz dengan kehidupan anak-anak Muaz.Walaupun tiada ibu,tetapi Allah gantikan Qaiser sebagai pelindung mereka.Tak pernah pun dia melihat Qaleesya atau juga Qistina bernasib malang.Rasanya hanya dia dan Marsha sahaja rasa malang bertimpa-timpa.Dapat pula ibu perangai macam ahli sihir!Lagi malang nasib dua kembar ini.
Mengapa tidak Mia Dahlia menjadi ibu kandung mereka?Soalan itu kerap keluar dari minda kanak-kanak kecilnya.Dia masih kecil.Jadi Mukhriz tidak faham maksud takdir.
Wina berdecit geram.
Tangan Mukhriz ditepis kasar.
"Nak ikut Ibu kau?Eh.."Wina mula melutut di hadapan Mukhriz.Sempat dahi anaknya ditunjal kasar.Garang wajah Wina saat menjegil anaknya seperti singa lapar."Jangan nak menyusahkan orang.Tak payah nak mengada-ngada!Duduk rumah!Nak ikut Ibu konon!Sekali aku tampar muka tu baru tahu!Dah,balik!"Wina berdiri dan mula merentap tangan Mukhriz keluar dari biliknya.Manakala Marsha bersama dengan Naufal.
Mukhriz merentap kembali tangannya daripada digenggam ibunya.Wajah kanak-kanak itu dipamerkan riak garang."TAK NAK!!EIZ NAK IKUT IBU!!EIZ NAK IKUT IBU!!!"Mukhriz mula memberontak dan menjerit kuat.Dia menghentakkan kakinya dan makin menjerit kuat.
Wina mengeluh kecil.Bibirnya menguntum senyuman geram.
"Eiz,tak payahlah nak tunjuk taiko!Balik.Kalau Eiz balik,Mama belanja set Ultraman yang Eiz nak sangat tu.Balik,erk?"Dia geram dengan perangai degil anak sulungnya itu.Ringan anak dia hendak menampar wajah Mukhriz tadi.
Makin kuat Mukhriz menjerit."MAMA TAK FAHAM BAHASA KE?!EIZ NAK IKUT IBU!!EIZ NAK IKUT IBU!!!EIZ TAK NAK IKUT MAMA!!!"
Wina berdecit geram.Sabarnya makin menipis melihat perangai anaknya yang suka memberontak itu.
"Kau ni mentang-mentang ada Ibu kesayangan kau,pandai pula kau nak tunjuk hebat ya?Tadi bukan main pengecut lagi kau.Mukhriz Soohyun Kim,lebih baik kau ikut aku sekarang!Jangan kaki aku ni naik ke muka kau,anak haram!Kau ikut aku sekarang!"Nada Wina tegas tetapi suara perlahan.Dia masih lagi berlembut.Tunggu masa paling sesuai,memang dia lunyaikan kanak-kanak ini habis-habisan.

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Misteri / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-