Nackhun

1.6K 56 9
                                    

Cafe Sekitar Chemor.

"Tadi kita dah janji nak jumpa dekat Taiping.But I ada urusan sikit dekat Tanjung Malim,so alang-alang better kita jumpa dekat sini aja."Kata Jessy sambil melabuhkan punggungnya di hadapan Wina yang sedang mencalitkan Lip Balm pada bibirnya.

Wina terus menyimpan lip balm ke dalam bag tangannya.Bibir wanita itu menguntum senyuman senang."Never mind.At least kita berjumpa juga.By the way how are you,Jessy?"

"I'm fine!Thank you.How about you?Makin cantik pula you sekarang."

Wina ketawa kecil bersama Jessy."Cantik?No way.I sama aja macam dulu.Ni U nak order apa-apa ke sebelum kita berborak panjang?I belanja U."

"Wau,untungnya I!Selebriti terkenal belanja I makan.Aww,untungnya I!"Usik Jessy pula bernada nakal.Dia ketawa sedikit saat melihat wajah Wina yang sedikit malu dek di usik olehnya.

Wina berdecit sedikit."Tak ada untungnya pun.I selebriti aja.Bukannya VVIP punya orang."

Mereka terdiam seketika saat ada seorang pelayan wanita menuju ke sini untuk mengambil pesanan makanan dan minuman.

Usai memesan makanan,mereka menyambung cerita semula."Eh,Wina.Semalam I ada jumpa bestie U tau dekat club."Jessy memulakan gosip.Sudah beberapa tahun tidak bersua muka.Sudah lama juga mereka tidak berborak kerana menyibukkan diri dengan kerjaya masing-masing.Wina dengan dunia celebriti manakala Jessy pula sibuk dengan perniagaannya sebagai tauke sebuah produk kecantikkan.Jadi tak ada masa hendak bermesej.

"Bestie I?Siapa?"Soal Wina sambil berkerut kening.Dia memang ada ramai kawan baik a.k.a Bestie.Jadi sedikit kekeliruan untuk meneka siapakah kawan baik kepada Wina.

"Julia."

Mati senyuman Wina.Digantikan pula dengan riak benci.Dengar sahaja nama wanita itu,hatinya bergelora panas.Wina yakin Jessy mesti tidak tahu cerita mengenai hubungan dingin antara Wina dan Julia sedangkan boleh dikatakan semua kenalan SMK BUKIT JANA mengetahui keadaan mereka seperti apa.

Jessy berkerut kening.Melihat sahaja wajah cemberut Wina,dia jadi aneh."Any problem wanna to share with me?"Soal Jessy pula.Suara riangnya hendak gosip fasal Julia terbantut saat melihat wajah Wina yang berubah.

Wina tersenyum hambar."Actually I dengan Julia gaduh besar."Jawab Wina dengan suara sedikit mendatar.Bila ingat balik perbuatan Julia dahulu,hatinya semakin sakit.

"Why?"

Wina menceritakan segalanya kepada Jessy.Dari mula Wina difitnah oleh Julia dan mendiang Sebastian,selama tiga tahun dia didera oleh Naufal dari segi mental dan bentuk fizikal,Perkahwinan Naufal dan Julia atas dasar tanggungjawab sebab diorang sebenarnya terlanjur,kisah anak Julia sebelum kelahiran Arwah Zara.Bukan Megat Jeffrey tapi anak kedua Julia yang keguguran akibat termakan buah nenas muda yang ditaburkan ke atas pizza sehinggalah kes penceraian Julia dan naufal dek orang ketiga.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now