Vanessa Ong

2.1K 70 34
                                    

Tidur lelaki itu terganggu saat mendengar bunyi orang menangis.Bukan seorang tetapi sepertinya ramai.Mungkin dalam enam orang macam tu la menangis.

Megat membuka mata saat tangisan itu semakin kuat.Ada yang meraung kesakitan dan ada juga yang menangis teresak-esak meminta pertolongan.Dia mula duduk di katil sambil memisat tahi matanya yang bersisa.Dia berkerut kening saat melihat lima gadis berambut panjang sedang menangis di sofa biliknya.

Lima gadis berambut panjang dan masing-masing berpakaian berwarna merah.

Megat menggaru kepalanya tidak gatal."Bila masa pulak ada pompuan dalam rumah aku ni?Lima orang pulak tu?" Soalnya bermonolog.Aneh juga kalau ada orang berada dalam rumah ini.Hendak kata dia bawa mangsa pada hari ini,langsung tiada.Hari ini dia terpaksa melayan karenah Julia demi misinya itu.

Bingkas dia bangun ingin menyapa lima gadis itu.

Megat berdiri statik di hadapan mereka berlima.Masing-masing menghamburkan tangisan yang baginya menyeramkan.Suasana sejuk makin sejuk.Macam duduk dalam peti sejuk gamaknya!

"Cik ni siapa?" Soal lelaki itu dengan seribu satu tanda tanya."Kenapa menangis ni?"Soalnya lagi.Aneh juga malam-malam macam ni orang menangis di rumahnya.Tidak pernah buat dek orang!

"Kalau orang rosakkan hidup Encik,agaknya Encik nak ketawa ke nak menangis macam kami ni?"

"Mestilah sedih.Eh,apa kena mengena dengan soalan tadi?Cik semua kalau tak ada apa-apa urusan,boleh kot beredar dari rumah saya.Tak manis pula orang tengok kita dekat sini."

"Tak manis?" Seorang gadis berbaju merah mula berdiri sebelum gangnya yang lain.Masing-masing menyelak rambut yang menutupi wajah mereka."Kalau macam ni manis tak?"

Bulat mata Megat apabila melihat wajah gadis-gadis itu.Walaupun wajah mereka tidak sempurna kecuali wajah Mia.Ya,roh mereka berlima tidak aman dek dibunuh kejam oleh Megat Rayqal.

Lelaki itu mengundur langkah sehingga tubuh belakangnya menemui dinding.Lima roh itu mula menuju ke arah Megat lalu menerkamnya dengan suara-suara yang menyeramkan.


































































Megat tersedar dari tidurnya sambil tercungap-cungap.Sungguh dashyat mimpinya tadi.

Tangannya meramas kuat rambutnya sambil berkerut kening."Kurang ajar  punya hantu! Dah mampos pun masih menyusahkan orang lagi."Gumam Megat sedikit keras.

PRAAAK!

Terhinjut seketika tubuh Megat apabila terdengar bunyi bising.

Terus dia bangun dari katil apabila Megat baru teringat bahawa ada seorang tawanannya yang masih hidup.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now