Empat Bulan Kemudian.
"Mahkamah menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Megat Rayqal Bin Megat Izuddin atas tuduhan membunuh,perlecehan seksual dan beberapa jenayah yang berat."
Mia mengukir senyuman bermakna melihat hukuman ke atas diri Megat Rayqal.Orang jahat seperti lelaki itu memang layak dijatuhi hukuman setimpal.
Ramai bersorak syukur saat mendengar hukuman hakim tadi.Terutama sekali keluarga Nia Fathia.Lega kerana lelaki ini telah menerima hukuman setimpalnya di dunia.
Megat Rayqal sekadar mengukir senyuman ngeri.Langsung tiada rasa bersalah dalam dirinya.Dia puas membunuh ramai wanita yang pernah menjadi kekasihnya.
Mata Megat Rayqal tertacap pada wajah Mia yang mengukir senyuman sinis ke arahnya.Hatinya terbakar tetapi dia memaksa diri untuk membalas senyuman untuk tidak menampakkan maruahnya terlalu kerdil di hadapan gadis itu.
Dia berhentikan langkah di hadapan Mia.
"Liat juga kau ni nak mati,erk?"
"Sebab aku diamanahkan oleh Allah untuk sumbat penyangak macam engkau.Jadi tahniah sebab tak lama lagi kau akan ke tali gantung.Memang ramai polis tengah tunggu saat macam ni."Mia ketawa kecil selepas itu.
Megat Rayqal membalas ketawa Mia.
"Nampaknya aku betul-betul tak kenal kau,Mia.Kau iblis disebalik baju seragam polis,tahu tak?"
"Terima kasih atas 'pujian' kau tu.Aku pergi dulu.Nak melawat adik aku yang tercinta."Mia terus beredar dari mahkamah untuk melawat Wina yang berada di penjara Taiping.
Dia merindui adik kandungnya itu.Sejahat mana Wina telah lakukan padanya,dia mesti akan menerima Wina dengan hati terbuka.
Sikap Mia menjadi persoalan perbualan mulut orang.Tiada perasaan marahkah Mia saat adiknya lakukan bermacam cara agar Mia jatuh?
Megat Rayqal menatap tajam ke arah Mia yang memboloskan diri pergi dari Mahmakah Taiping.Dia diseret oleh dua anggota polis untuk masuk ke dalam penjara semula.
Penyesalan yang dia alami sekarang ini adalah tidak membunuh Mia.Gadis ini sememangnya bernyawa liat untuk mati.
Sekarang dia dalam penjara dan menunggu hukuman gantung ke atas dirinya.Berbakul carutan lelaki itu dalam hatinya terhadap Mia.
Wina menatap tajam ke arah Mia.Dia juga dijatuhi hukuman penjara selama 1017 tahun atas kesalahan membunuh Megat Izuddin,Lokman,Nana dan Arwah Izwani berserta beberapa jenayah yang lain.
Apa pun dia bersyukur kerana tidak dikenakan hukuman gantung kerana faktor hamil.
Mesti pelik sebab apa Wina dituduh oleh pihak polis kononnya gadis itu membunuh kakak iparnya sendiri?Nanti author jelaskan.
Mia mengukir senyuman kelat."Acik sihat ke?Angah rindu dekat Acik."Kata Mia dengan suara sayu.
Wina menjeling benci.
"Aku sikit pun tak rindu dengan syaitan betina macam kau,Mia!Pemgkhianat!"
"Pengkhianat?Acik panggil Angah pengkhianat sebab Angah sumbat Acik dalam penjara ke?Maafkan Angah--"

YOU ARE READING
Psycho Playboy
Mystery / ThrillerHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-