Julia berkerut kening saat orang ramai memandangnya semasa dia menjejakkan kaki masuk ke Speedmart Taman Jana di mana Speedmart adalah saksi jasad kaku Mia Dahlia bersama kepala Safar Nur Damia ditemui.Rumahnya pula dekat dengan tempat itu.Kalau jalan kaki lagi senang.
Wanita itu memandang pada pakaiannya.Kutlah dia terpakai boxer ke apa ke?Tapi lengkap aja pakaian dia.Tiada cacat cela.Julia cuma tidak berpurdah sahaja.Okaylah,Julia positif yang orang takjub dengan kecantikkanya.
Dia berpantang sebenarnya tetapi sebabkan dia mahu memasak untuk Megat Rayqal jadi dia gagahkan diri.Walaupun ditegah oleh orang gaji Megat.Degil perempuan ni!
"Wei,bukan minah ni ke yang dalam cerita porn kau tunjuk dekat aku semalam?" Soal seorang remaja lelaki sambil memandang Julia dari atas tudung sehingga hujung kaki yang berstokin.
Remaja lelaki seorang lagi memandang Julia.Wajahnya tampak terkejut."Wei,ha'ahlah!Perempuan ni yang aku tunjuk semalam."Kata remaja itu dengan suara sedikit perlahan.Masa itu Julia tengah pilih kicap.Jadi Julia tak berapa nak ambik tahu sangat topik percakapan orang.
"Wei,Kiah!Kau tengoklah anak Rukman tu!Tak tau malu sungguh!"
Terus Julia memandang ke arah suara garau seorang lelaki saat mendengar nama ayahnya disebut.Seorang lelaki bersama isterinya Kiah.Berkerut kening dan dahi tanda pelik.
"Dah kenapa pulak dengan budak Julia tu?Baik aja Kiah tengok!"
"Baik apa kejadahnya kalau video lucah dia tersebar!Main dengan jantan sini,main dengan jantan sana,baik ka tu?"
BAM!
Seperti batu besar menghempap kepala Julia saat mendengar bait ayat Si Ali.Suami Kiah!
Julia mencapai Kicap Jalen Oren 650ml lalu menuju ke arah pasangan suami isteri ini.Wajahnya seribu satu riak.Antara cuak,marah dan malu.Pelbagai persoalan bermain di mindanya.
"Makcik,Pakcik cakap apa ni?" Soal Julia dengan wajah garang.Nada suaranya sengaja dilembutkan sedikit agar imejnya sebagai wanita muslimah tidak tercalar.Ikutkan hati mahu sahaja Julia menggeluarkan kata-kata kesat.Biar mulut suami isteri ini diam seribu bahasa!Tapi fikirkan maruah sahaja dia terpaksa jadi fake Muslimah."Video lucah?Saya boleh saman Pakcik Makcik sebab fitnah saya tau?"
"Tak heranlah saman dunia kau ni.Aku boleh bayar semua tu.Eh,fitnah apanya kejadahnya Julia kalau video tu dah terang-terangan muka engkau.Tu,Rohingya kerja Sin Kean Huat tu pun mengaku yang dia pernah main dengan kau sampai mengandung anak haram.Masih tak nak mengaku ke?Masih nak tegak benang yang basah?" Ali memandang Julia atas bawah.Jijik melihat wanita itu.Harap sahaja pakai tudung.Tapi perangai haprak!
YOU ARE READING
Psycho Playboy
Детектив / ТриллерHanya maut bisa memisahkan kita,Sayang! -Buaya Jenama Lacoste-